Thursday, May 21, 2009

Umar [3]

1 comment:
“Aku OK. Kita balik jom,”

Umar mula bangun sambil tangan menekup hidung. Dia mula berjalan perlahan.

“You, nanti! Hidung you still berdarah. I dah suruh kawan ambilkan ais. I duduk kolej dua. Depan ni je,”

Hannah cepat membantutkan langkah Umar. Dahi dia berkerut memikirkan betapa besar daya hentakan bola pada hidung Umar. Darah masih segan mahu berhenti. Dahi tidak terlalu parah. Hanya luka disebabkan lecetan akibat hantukan pada tiang.

“Mari I tengok,”

Muka Umar memerah. Pantas dia tepis tangan gadis bukan muhrimnya itu. Dalam nada sedikit tinggi, dia mambalas kata Hannah.

“Jangan sentuh saya!”

Hannah tersentak. Azrul terbeliak. Sekumpulan kawan Hannah juga tersenyap.

Umar mungkin tidak tahu gadis didepannya pemarah tapi Hannah selalu tahu pada waktu bila dia akan tercabar.

“Hey! Memang I buat silap! Ini dah kira baik air nak tolong you tau! You ingat, you handsome sangat sampai I sengaja nak pegang you?! Tolonglah.

Umar menunduk menarik tangan Azrul pergi.

“Astaghfirullah, awak perempuan, saya lelaki” Umar berbisik perlahan kemudian mengangkat kepala, tersenyum.

Dari kejauhan dua orang berlari sambil dengan salah seorangnya memegang seplastik beg ais.

“Hannah?”
“Biarkan orang bodoh sombong tu! Berlagak alim,”
“You tengking dia ke Hannah?”

Perangai baran Hannah, Aliya faham jelas. Kadang-kadang Hannah tidak rasional tapi itulah Hannah.

“You sedar tak orang yang you cederakan kemudian you tengking tu siapa?”
“Siapa?”
“Senior kita,”
“Ada I kisah?!”

---

Azrul merenung wajah cerah milik sahabatnya. Dia memerhati air muka yang tenang di sebalik lena itu. Ada sesuatu pada Umar. Sesuatu yang Azrul sendiri tidak tahu apa.

“Umar, maghrib,”

Kejutan Azrul menganggu lena. Umar terpisat-pisat.

“Pukul berapa sekarang?”
“Kau nak pukul pada jam dinding atau waktu sebenar?”

Umar tersenyum. Ada tawa halus kedengaran di situ.

“Waktu sebenar,”
“Baru lepas azan maghrib. Kita jemaah kat rumahlah,”

Azrul menghampar sejadah lalu mengambil tempat dan iqamah. Umar meraup muka, menarik nafas panjang. Hening malam pecah dengan kemerduan suara Umar mengimami maghrib.
---

12 Mac 2009

Hari ini berjogging dengan Azrul. Satu-satunya sahabat yang bernama sahabat. Hari ini juga, cedera. Tiap titis darah yang mengalir mengingatkan aku padaMU. Tiap titis darah yang mengalir itu mengembalikan setiap runsingku. Ya Allah, satu masa nanti, kalau kenangan ini perlu lupus, biarlah lenyap dalam memori indah.

Umar
0915 malam.

Friday, May 15, 2009

Umar [2]

No comments:
"Umar, joging jom petang ni!"
"Insyallah. Sekarang pukul berapa?"

Laungan Umar, Azrul jawab cepat. Jam di dinding menunjukkan 6 petang sebenarnya memaksudkan setengah jam awal, 5.30 petang. Sengaja Azrul cepatkan, demi mengelakkan lambat dan Umar tidak kisah tentang itu.

"Jam kat dinding 6 tapi 5.30 sepatutnya. Kau nak pergi pukul berapa?"
"Ikut yang terpampang pada jam sekarang,"

Azrul garu kepala. Sama ada enam atau waktu sebenar? Sepatutnya enam kerana Umar masih belum bersiap.

"Jom,"

Azrul ternganga. Dia salah atau Umar salah atau kedua-duanya?

"Tapi baru pukul 6.05 atau 5.35. Yang mana satu ni?"
"Bukan aku kata mengikut jam yang terpampang?"
"Err... patutnya pukul 6 lah kan? 6 waktu sebenar aku maksudkan,"

Umar sengih. Azrul buat muka.

"Aku tanya pukul berapa, kau cakap dua waktu. Kemudian kau tanya nak pergi pukul berapa, aku cakap ikut jam yang terpampang sekarang. Maknyanya sekaranglahkan? Itupun sepatutnya dah lewat 5 minit,"
"Aku tak siap lagi tapi,"
"Kau lelaki atau perempuan?"
"Hah? Err perempuan,"
"Maknanya kau boleh ambil masa kurang dari 7 minit. Kecuali kau belum sembahyang, masanya lebih lama. Since kau sembahyang dengan aku, 7 minit aku rasa cukup,"

Umar tersenyum dan Azrul ketawa kuat atas simbolik yang dia tidak faham pada awalnya. Cepat dia berlari masuk mencapai kemeja T dan menyarungkan seluar. Dia berlari keluar semula mencari Umar.

"Less than 7 minutes!"
"Without shoes, yes,"

Mereka ketawa bersama.

---

Suasana kampus Universiti Malaya tenang. Petang yang redup menjanjikan udara nyaman. Dari kejauhan kelihat sekumpulan lelaki dan perempuan rancak merebut bola. Bola keranjang. Lincah. Suasana biasa kelihatan di mana-mana. Lelaki dan perempuan. Jauh dari landasan.

"Kau tahu Azrul kenapa kita kena faham setiap pertanyaan dan pernyataan,"

Dalam kelelahan lelaki berkumis nipis ini memecah sunyi larian perlahan.

"Mungkin tahu. Tapi aku rasa suka kalau kau jelaskan. Kenapa?"
"Supaya pukul 5.30 tak jadi 6 dan pukul 6 tak jadi 5.30,"
"Jadi?"
"Itu OK kalau masa macam apa yang berlaku. Tapi kalau sampai menyebabkan hidup mati seseorang, macam mana? Kanser tapi diberi ubat loya because at the first the symptom fits. Apa akan jadi?"

Azrul tersenyum mengangguk faham. Kiasan jelas. Larian keduanya mula perlahan dan berubah kepada berjalan laju. Lebih mudah untuk berbual tanpa perlu bertarung merebutkan oksigen yang berdikit kurang.

"When the pharmacist's talking,"

Azrul menggayakan aksi ahli silap mata menyempurnakan ayat yang bernada sarkastik.

"Umar!!!!!"

Bum!

Bola melantun kuat tepat pada hidung Umar. Momentum bola yang berpindah pada badan lelaki bertubuh sederhana kurus itu tidak mampu mengekalkan inersia. Umar jatuh. Keadaan menjadi sukar bila Umar terhantuk pada palang besi pemegang pejalan kaki.

Dari kejauhan kelihatan sekumpulan pemain bola keranjang merapati. Seorang gadis bertocang tinggi mendahului mereka dengan berlari laju. Mukanya tergambar resah. Jelas. Jelas dialah yang melantunkan bola itu. Jelas juga dia tidak sengaja kerana wajahnya menghadiahkan kerutan bernada bimbang.

"Are you OK?"
"Guess so,"
"I'm sorry. That ball.. err.. I.. emm.. is just out of control,"
"Its OK. just leave me. I can handle it,"

Umar menjawab dalam tunduk.

"Are you seriously OK?"
"Sure. I'm fine,"

Masih menunduk.

"Umar. Kau OK tak ni?"

Umar mengangkat muka perlahan.

"Ya Allah, Umar! Hidung, dahi kau berdarah!"
"He's bleeding!! Oh no! Are you OK???!"

Bersambung.

p/s: Insyallah willl be updated every Friday.

Wednesday, May 13, 2009

Program Memperingati Hari Naqba Palestin

No comments:
PROGRAM MEMPERINGATI HARI NAQBA PALESTIN

Tarikh :
14 Mei 2009


Tempat :
Dewan Kuliah 1, PPSG, USMKK


Anjuran :
Persatuan Sains Pergigian USM

Dengan kerjasama :
Rakan Masjid USMKK, Pusat Islam USMKK,
Jawatankuasa Kerohanian dan Aktiviti Pembangunan Pelajar, PPSG USMKK


Naqba bermaksud malapetaka atau bencana besar. Palestin telah dijajah selama 60 tahun bermula pada tarikh keramat 15 Mei 1948 oleh Israel dengan pengiktirafan dari negara Amerika Syarikat yang ketika itu presidennya adalah Harry S Truman. Palestin telah diiktiraf sebagai sebuah negara berdaulat milik Israel yang telah dicerobohi secara haram selepas pembunuhan dan pembersihan etnik Palestin, etnik asal tanah Palestin.


Terdapat pelbagai saranan secara individu dan berkumpulan tanpa kepentingan yang telah dicanangkan di seluruh Malaysia mahupun seluruh dunia, khususnya dunia manusia yang memiliki rasa kemanusiaan di hati. Kita seharusnya bersungguh-sungguh dalam memahami dan menghayati semula hakikat kehidupan seorang Muslim dalam membina kesatuan Ummah tanpa terbatas pada negara, bahasa, etnik dan budaya yang berbeza. Malahan itulah keunikan Islam sebab berbezanya mereka, tetap bersatu atas aqidah yang satu.

Dari Nu’man beliau berkata: Rasulullah Saw. bersabda:
“Bahwasanya perumpamaan orang-orang muslim itu ibarat satu orang (satu jasad) apabila salah satu bagian disakiti maka seluruhnya akan merasa sakit.”

(Riwayat Imam Ahmad bin Hanbal dalam bab Musnad Nu’man bin Bashir no hadis 17720)


Monday, May 11, 2009

Acheh Kami Prihatin

No comments:

ACHEH KAMI PRIHATIN

Program Kebajikan di Acheh
29 Mei - 3 Jun 2009


Sumbanglah RM1 seorang kepada Progam Kebajikan di Acheh.Program ini adalah anjuran Program Elektif Pusat Pengajian Sains Perubatan, dengan kerjasama Pusat Islam, Persatuan Sains Perubatan, dan Rakan Masjid USM Kubang Kerian, Kelantan.

Program bakal diadakan pada 29 Mei - 3 Jun 2009. Aktiviti yang bakal diadakan adalah pemeriksaan dan pameran, kesihatan, demonstrasi menggosok gigi, kuiz kesihatan, kempen membaca untuk anak-anak yatim, dan bakti sosial bersama pelajar universitas syiah kuala di Acheh.

Sumbangan ikhlas anda amat kami hargai. Terima kasih.

Nombor akaun : 03-018-02-1049737

Munirah binti Mohamed Radzi (Bank Islam)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Mohd Azizi bin Shaukani, HP : 013-9883381


Friday, March 20, 2009

Umar

1 comment:

“Biarlah dia,”
“Kenapa nak biarkan?”
“Umar, perempuan tu dah terlebih had. Kau nak diamkan lagi?”

Azrul memandang sahabat baiknya. Atas dunia ni, Umar pada Azrul terlalu baik. Jarang dia nampak Azrul merah kemarahan. Umar putih, bukan pucat. Umar punya wajah ingin dipandang bukan sekali. Meski suasana tegang, Umar tetap tenang. Tenang tak bermaksud Umar diam. Jika silap, Umar tetap membangkang. Tapi cara Umar dengan bertegas, dalam lembut.

Ah, Umar. Dia Umar. Dia bukan Azrul. Kerana dia Umar, jarang ada orang mampu berbicara lebih bila hitam sudah Umar tetapkan.

*****************************************************************************************************

“Makan?”
“Diet,”
“Diet?”
“Aah diet, kenapa?”
“Badan tak adalah ceramping mana, tapi tak adalah gedempol pun. Tak faham akulah,”
“Tak payah faham,”

Aliya memandang dalam wajah Hannah. Degil. Kepala batu. Susah di ajar. Entah apalah dalam kepala otak perempuan nan seorang ni. Pun begitu, dia masih kawan. Dan Hannah, dia masih boleh didampingi. Hannah, bernas dalam tutur kata. Hannah, jelas berbicara yang benar-benar sahaja. Hannah, senyumannya mudah terukir, namun serius lebih banyak dari senyumnya.

Hannah dan bongkak, sinonim. Dia punya pendirian sendiri dan itu jelas. Bukan semua sukakan Hannah, tapi belum semua bencikan dia.

Ah, Hannah dia unik seperti singa


*****************************************************************************************


“Umar, kau demam lagi ke?”

Ketukan pintu bertalu-talu tidak di buka Umar. Azrul sangat faham satu sifat unik sahabatnya yang seorang ini. Dia takkan buka pintu saat dia sakit, selalunya demam.

Pernah juga Azrul bertanya, Umar hanya diam dan tersenyum. Biar pucat, Umar tetap tidak mahu Azrul bantu.

“Umar, ke kelas tak?”

Senyap.

“Umar????”

Masih senyap.

“Az, kau pergilah. AKu tak sihat,”

Perlahan namun jelas. Bila Umar berkata begitu, itu satu isyarat dia tidak mahu diambil tahu. Ya, Umar pelik. Azrul akui itu. Namun atas sebab mengapa, Azrul masih tidak tahu. Umar bukan perahsia orangnya. Lebih-lebih lagi kalau membincangkan ilmu agama. Setiap maghrib, pasti satu ayat ilmu paling tidak akan terkeluar dari bibir lelaki muda berkumis nipis ini.

Wajah cerahnya makin indah dengan disulami tenang.

Beberapa muslimat dan gadis-gadis universiti selalu melirik Umar tidak kira apa sedang Umar lakukan.

“Az, pandangan pertama tak mengapa. Dua kali sudah nafsu,’

Azrul tertunduk. Segan. Sudah namanya lelaki, dan Azrul lelaki. Itu jelas.

“Umar, mahu ke klinik?”
“Az, pergilah. AKu mahu rehat,”

Azrul menjatuhkan tangannya yang melekat pada pintu sejak dari ketukan pertama. Satu tarikan nafas panjang.

Kalau dulu Azrul seperti orang biasa, Azrul sekarang lebih mirip Umar.

“Woi Az, nak jadi malaikat sekarang eh?”

Ah, dunia.

“Aku pergi dulu. Panadol ada dalam peti. Assalmualaikum,”

Salam berjawab perlahan. Ada batuk. Azrul rasa Umar sakit. Pernah juga dia mengutarakan beberapa persoalan. Namun Umar menjawab dalam tawa.

“Kau ingat aku ada barah ke? Macam semua cerita novel. Watak merahsiakan penyakit tanda dia mulia? Hish, Az, mengarutlah kau,”

“Habis,”

“Aku memang tak suka kalau sakit ada orang. Aku memang pelik pun. Tak selesa bila ada orang. Alah, demam pening selsema batuik je pun,”

“Kenapa?”

“Semua manusia ada sifat tersendiri kan? AKu itulah salah satunya. Jangan risaulah, kalau aku ada barah, kau orang pertama aku cerita. AKu bukan watak dalam novel melayu,”

Mengekek Umar ketawa. Tawa itu berbunyi ikhlas. Seikhlas dan sejernih hati Umar.

Azrul lega.

Bersambung