Wednesday, January 27, 2010

KPN brings you A talk by Brother Lim Jooi Soon: Adakah Islam Agama Keganasan?

No comments:
Kelas Peradaban Nabawi (KPN) brings you A talk by Brother Lim Jooi Soon: Adakah Islam Agama Keganasan?



Islam merupakan agama yang paling banyak disalah- fahami berbanding agama-agama lain. Walaupun ia berasal dari perkataan salam yang bererti keamanan, namun masih ramai yang terus menerus mengaitkan islam dengan keganasan.

Isu ini tidak pernah tamat bahkan semakin lama semakin bertambah. Pelbagai persoalan ditimbulkan media barat untuk memburukkan nama islam seperti pengeboman world trade center, pengeboman Madrid, islam disebarkan dengan mata pedang, islam menekan wanita, membenarkan suami memukul isteri, Allah menciptakan neraka untuk menyiksa umatnya dan terbaru sekali ialah isu serangan keatas gereja.

Selain daripada isu-isu tersebut, terdapat juga usaha mengelirukan umat islam dengan memutarbelitkan kenyataan daripada quran yang menampakkan seolah-olah Al-Quran itu buku keganasan, rasis dan fasis.

Oleh yang demikian, program ini diadakan bagi menjawab segala tuduhan terhadap islam disamping mendidik warga kampus tentang teknik-teknik dalam berhadapan persoalan yang ditimbulkan mengenai Islam dan keganasan.

Bro Lim Jooi Soon merupakan bekas penganut agama Buddha dan Protestant dan telah memeluk islam pada tahun 1997. beliau menerima latihan dalam bidang perbandingan agama melalui program "Correspondence Bible Study" Training di South Australia, "Training the Trainer" di Nigeria dan pelbagai kursus lagi. Beliau banyak terlibat dalam forum-forum perbandingan agama, memberikan ceramah mengenai islam, pengajar program kelas peradaban nabawi usmkk dan menjadi fasilitator dalam kursus friendly comparative religion, Islamic Information and services. Kini beliau bersama-sama dengan Ustaz Amin untuk menggerakkan program "Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk"

Jadi, Jangan lepaskan peluang ini. Ayuh datang beramai-ramai. Ajak semua rakan-rakan anda!. Sebarkan maklumat program ini.

ADAKAH ISLAM AGAMA KEGANASAN? By Brother LIM JOOI SOON.

TARIKH: 29 Januari 2010 (Jumaat)
MASA: 8.30pm - 10.30pm
TEMPAT: Masjid Murni,USM Kampus Kesihatan.
Open to all Non-Muslims and Muslims.

KELAS PERADABAN NABAWI
.Islam Agama Mudah dan Fitrah.

Sunday, January 24, 2010

Kisah Solat Subuh Berjemaah ( episod 2)

No comments:
b) Solat Subuh Berjemaah vs Joging



Kebetulan masjid kariah saya letaknya berhampiran dengan taman tempat berjoging. Apabila keluar memandu untuk ke masjid ketika hampir tibanya waktu Subuh, ahli-ahli jemaah akan beriringan dengan orang bukan Islam yang menuju taman untuk berjoging. Ahli-ahli kariah menuju masjid, orang bukan Islam menuju ke taman. Satu kumpulan untuk mengerjakan solat Subuh, sekumpulan lain untuk berjoging.


Melalui pemerhatian umum selama bertahun-tahun, saya dapati bilangan orang bukan Islam yang menuju ke taman untuk berjoging sentiasa mengatasi bilangan orang Islam yang menuju ke masjid untuk solat berjemaah Subuh.


Sedih, realitinya bolehlah dikatakan orang bukan Islam yang ingin sihatkan badan lebih ramai berbanding orang Islam yang ingin sihatkan rohani. Mereka begitu serius inginkan kelebihan dunia. Sebaliknya, umat Islam tidak serius untuk mendapatkan kelebihan dunia mahupun akhirat.


Mengapa tergamak saya katakana demikian? Ini satu realiti walaupun pahit untuk diakui. Apabila selesai solat Subuh berjemaah dan mula pulang ke rumah, saya dapati masih ramai umat Islam yang belum bangun. Kebanyakan rumah orang Islam masih gelap dan malap, terutamanya jika hari cuti Sabtu dan Ahad. Apakah penghuninya masih tidur? Wallahuaklam, sukar untuk dipastikan. Tretapi sudah pasti ‘kehidupan’ mereka belum bermula (walaupun sekadar membersihkan rumah, pergi ke pasar dan melakukan lain-lain urusan) masih belum bermula.


CARILAH KESEMPATAN DALAM APA JUA PERKARA DEMI KEHARMONIAN DAN KESEJAHTERAAN HIDUP KITA, YANG ENTAH BILA BERAKHIRNYA.




MUTIARA KATA HARI INI...

No comments:

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !


Tuesday, January 19, 2010

Kisah Solat Subuh Berjemaah ( episod 1)

No comments:

a) Solat Subuh Berjemaah vs Demonstrasi


Dalam buku Msteri Solat Subuh oleh Dr. Raghib al-Sirjani dinukilkan, “pernah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali satu hal berlaku, yakni apabila jumlah jemaah solat Subuh menyamai jumlah solat Jumaat”


Atas dasar apa dia berkata demikian, tidak pula dinyatakan secara pasti. Namun jika kita sendiri melihat situasi ini lebih dekat, ada logik dan kebenarannya.Pada tahun 80-an, sewaktu saya masih menuntut di universiti, terjadi satu tragedy besar dalam dunia Islam. tentera Soviet Union (yang belum berpecah seperti sekarang) telah menyerang Afghanistan. Pada ketika itu Nur Muhammad Taraki, Babrak Kamal (seingat saya) dan lain-lain tali barut komunis telah menjadi musuh yang ‘menjemput’ tentera Rusia menjajah tanah air mereka sendiri. Pelajar-pelajar Islam di universiti tempatan bangun melancarkan demonstrasi.


Saya masih ingat bagaimana ucapan berapi-api daripada para pemimpin pelajar ketika itu telah membakar emosi dan menimbulkan rasa marah yang amat sangat kepada Komunis Rusia. Bendera Soviet, patung Brezhnev dan Babrak Kamal telah dibakar. Ucapan yang berpi-api telah disambut oleh jeritan “Allahuakbar! Allahuakbar!” bergegar di padang tempat tunjuk perasaan diadakan.


Rasa-rasanya, kalau dilihat pada semangat yang memuncak bagaikan semua telah bersedia untuk dihantar ke Afghanistan untuk membantu Mujahidin (waktu itu belum ada Taliban) bagi melancarkan jihad. Bilangan Islam yang berdemonstrasi saya rasa hampir mencecah ribuan orang.


Keesokan harinya sewaktu solat Subuh di surau kolej kediaman, saya dapati hanya beberapa kerat sahaja pelajar yang datang untuk solat berjemaah. Sangat sedikit, tidak sampai satu saf pun. Ke mana perginya mereka yang bersemangat berapi-api semalam? Tidak ada laungan Allahuakbar lagi sekalipun untuk sekadar bertakbiratulihram. Dan lebih aneh, para pemimpin pelajar yang hebat berpidato itu pun tidak muncul-muncul.

Cuba fikirkan mengapa terjadi demikian? Akan gerunkah musuh Islam kepada umat yang tidak solat Subuh berjemaah ataupun tidak bangun Subuh langsung? Pada hal demonstrasi hakiki yang benar-benar menggerunkan musuh (bedasarkan pengakuan penguasa Yahudi sendiri) ialah solat Subuh berjemaah yang dilakukan majoriti umat Islam.


Tidak salah membakar bendera yang menjzalimi umat Islam, tetapi alangkah baiknya jika kita terlebih dahulu “membakar” selimut syaitan yang menghalang kita bangun untuk solat Subuh berjemaah? Tidak salah bertempik dan bertakbir bagi menunjukkan kemarahan kita terhadap musuh Islam,tetapi alangkah baiknya jika suara itu digunakan untuk bertakbiratulihram dalam solat Subuh secar berjemaah? Emm, mampukah orang yang ‘liat’ bangun Subuh berjemaah demi cintanya kepada Allah berangkat ke medan jihad untuk memerangi musuh Allah?


(rujukan:Beduk di Ketuk, Imam Global, SOLUSI Edisi 13,ms:34)

PERBEZAAN ANTARA MEREKA YANG BERJAYA DENGAN YANG LAIN BUKANLAH HANYA KERANA KEKURANGAN KEKUATAN ATAU ILMU, TETAPI ANTARANYA KERANA KEKURANGAN KESUNGGUHAN DAN KEMAHUAN...

Monday, January 18, 2010

Simposium Fiqh Perubatan Datang Lagi

No comments:
Program : Triple-I Medicine Symposium 2010
Tempat : UIAM, Kuantan, Pahang,
Tarikh : 30 & 31 Januari 2010 (Sabtu&Ahad)
Yuran : RM100 (RM2o untuk pendaftaran, sijil, dan fail & RM80 untuk penginapan di hotel dan makanan untuk 2 hari 1 malam sebanyak 8 kali)
Penganjur : PPIM dan UIAM
Maklumat lanjut : http://tripleiiium09.blogspot.com/
Pengangkutan : Bas @ Coaster USM (Disediakan)
Insurans : Disediakan
Elaun RM20 : InsyaAllah akan diusahakan
Pengecualian hari akademik (Ahad) : InsyaAllah akan diusahakan

Sesi-sesi yang bakal diadakan :
Session 1: Launching & Keynote Address
Session 2: Maqasid as Shariah: Securing the Property
Session 3: Rukhsah Ibadah in Daily Clinical Practice
Session 4: Professional Muslim Daie: Ketegasan Aqidah, Keluasan Fekah
Session 5: Nurturing Future Professional Muslim Daie

# Program ini, terutamanya pengisian mengenai Fiqh Perubatan sememangnya sesuatu yang sangat bermanfaat dan berguna terutamanya bagi pelajar2 perubatan. Jadi saya menyeru kepada sahabat2 semua yang bakal menjadi seorang professional Muslim, kepada mana yang berkelapangan agar dapat turut serta dalam program ini, kerana sememangnya program sebegini tidak terdapat di USM. Jadi, rebutlah peluang ini. Jangan dilihat pada mahalnya yuran, tetapi lihatlah pada manfaat yang bakal diperoleh. (JPA pun baru masuk, tentu bukan masalah kan?) Tempat terhad kepada 30-40 PENYERTAAN SAHAJA (USM & mana-mana individu yang berminat). Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saya secepat mungkin. Aizat Zainudin : 013-9789678. Tarikh tutup penyertaan pada hari Khamis ini, 21 Januari 2010. Wallahu'alam.,

Bersama Menyertai!!!