Wednesday, March 24, 2010
TAKLIMAT LAWATAN KE RUMAH ORANG-ORANG TUA SRI KENANGAN TAMAN KEMUMIN
Kepada mereka yang telah memberikan nama untuk menyertai lawatan ke Rumah Orang-orang Tua Sri Kenangan Taman Kemumin, esok akan diadakan taklimat di Pusat Islam jam 5.oopm. Sila maklumkan kepada rakan-rakan yang berkenaan.
Sebarang masalah sila maklumkan kepada Saudari Rafaa' Binti Mohamed (Perubatan 4)- 017-2994606. humairafa@gmail.com.
Untuk makluman semua, pendaftaran telah ditutup.
Wallahu'alam.
Monday, March 22, 2010
LAWATAN KE RUMAH ORANG-ORANG TUA SRI KENANGAN TAMAN KEMUMIN
Assalamu'alaikum wbt.
InsyaAllah , Pusat Islam akan menganjurkan program lawatan ke Rumah Orang-orang Tua Sri Kenangan Taman Kemumin.
Tarikh: 27/3/2010
Masa: 9am-12.30 tghr
Dengan ini, penyertaan dibuka kepada mereka yang berminat untuk sama-sama mengikuti lawatan ini. Sila beri nama, kursus, no. ic & no. telefon ke itahsatali@gmail.com.
Berikut adalah tentatif program:
9.00am : Bertolak dari USM
9.30am : Tiba di Rumah Orang-orang Tua Sri Kenangan Taman Kemumin
9.40am : Ucapan aluan dari pihak Rumah Orang-orang Tua Sri Kenangan Taman Kemumin
9.50am : Ucapan aluan dari Pusat Islam
10.00am : Sesi Ramah Mesra
11.00am : Medical check-up
12.15PM : Makan tengah hari
-Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang tidak mengasihi orang muda dan tidak mengenali hak orang tua maka bukan dari kalangan kami.”
-Riwayat Abu Daud-http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=372
Sunday, March 14, 2010
KONSERT UNIC & HAFIZ HAMIDUN...TAHNIAH!!!
KONSERT UNIC & HAFIZ HAMIDUN is awesome. Tahniah! kepada semua tenaga penggerak.Hiburan yang mendidik jiwa.Kami menghargai jasa dan pengorbanan anda semua. Semoga Allah menganugerahkan ganjaran yang besar.Terima kasih kepada semua yang datang menyokong dan menjayakannya. Hidupkan hiburan Islam di kampus kita (USMKK). Indahnya hidup bersyariat.
ISLAM ITU INDAH=).
Saturday, March 13, 2010
Sekitar Program Interactive Dialog “Jom Tanya Bro Shah”
Alhamdulillah, program yang dirancang telah Berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Mungkin kerana kurang promosi, jumlah kehadiran hanyalah sekitar 40 orang berbanding target seramai 100 orang.
Walaubagaimanapun, bukan kuantiti yang patut di kejar tetapi kualiti pada setiap para hadirin yang hadir.
Antara persoalan yang Berjaya di jawab oleh Bro Shah dengan cantiknya untuk sesi ini ialah:
1) Isu penggunaan nama Allah oleh Catholic
2) Bagaimana memulakan dakwah jangka masa panjang dan pendek
3) Yang mana lebih penting antara dakwah dan islah
4) Masalah pergaduhan sesama kumpulan Islam
5) Isu perlembagaan dan Islam.
6) Isu penciptaan alam semesta berdasarkan perspektif Islam dan Kristian
7) Susunan Al-quran sebagai bukti ia diturunkan oleh Allah.
Turut memeriahkan program ialah dengan kehadiran Penaung Kelas Peradaban Nabawi (sejak dikenali dengan nama Caring Team lagi) Iaitu Dr Zakuan Zaini Deris, Pengerusi Rakan Masjid USMKK; Saudara Huzaifah dan Setiausaha Kehormat PERKIM Kelantan, Ustaz Nazir.
Selain daripada itu, perbincangan lanjut untuk program melahirkan da’ie melalui kerjasama PERKIM, Saba Islamic media Kubang Kerian, IIS Foundation, KPN USMKK, IIDC dan Pusat Islam USMKK telah diperhalusi lagi dan Bro shah Kirit telah pun menyatakan komitmen beliau untuk turun ke Kelantan dengan lebih kerap.
Semoga Allah memberkati usaha yang kita lakukan dan Semoga Allah membuka hati dan minda kita untuk melakukan yang terbaik untuk islam.
Terima kasih juga diucapkan kepada ayah Min dan Puan Rita selaku Tuan Rumah kerana memberikan sokongan dan sumbangan yang tidak terhingga dalam menjayakan program ini.





“Islam itu Mudah dan Fitrah”
Bro Muhamad Na’im (jacknaim™)
Pemangku Pengerusi
Wednesday, March 10, 2010
Interactive Dialogue "Jom TANYA Bro Shah"
Untuk makluman semua, Bro Shah juga sering ditaja oleh pelbagai gereja untuk menyampaikan penjelasan tentang islam di samping terlibat dengan berbagai2 program Interfaith Dialogue. Semoga kehadiran anda semua akan memeriahkan lagi program ini.
Terima kasih
KELAS PERADABAN NABAWI (KPN)
p/s : Pejabat / Dewan Saba' Islamic Media terletak di Belakang Bangunan 7 Eleven di dpn USMKK. Jalan About 50 meter dari kedai makan MacB, and belok ke KANAN.

