Tuesday, June 1, 2010

Bacaan Qunut Nazilah

No comments:
Bismillahirrahmanirrahim...

Kepada semua pelawat yang dirahmati Allah,kita disaran untuk membaca Qunut Nazilah didalam keadaan seperti tekanan terhadap umat islam.Oleh yang demikian,sama-samalah kita membacanya agar Allah membantu saudara-saudara kita yang sedang berhadapan dengan musuh-musuh Allah.Semoga Allah memberikan kemenangan dan ketenangan kepada Islam serta Allah menghancurkan musuh-musuh islam keseluruhannya...insyaAllah..

Antara lafaz bacaan yang lazim:

"Isu Palestin Merupakan Isu Kemanusiaan Sejagat"

Free Palestin!!

Kekejaman ISRAEL Zionis!!

1 comment:

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera

"Atas dasar keselamatan kemanusiaan sejagat dan juga tali persaudaraan sesama Islam,kami Rakan Masjid Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan Mengecam dan Mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera zionis yang menyerang kapal Mavi Marmara yang berkonvoi atas dasar bantuan kemanusian..."

Oleh yang demikian,kami menyeru kepada seluruh warga kampus khususnya dan seluruh umat islam untuk melakukan solat hajat memohon kepada Allah agar diberikan keselamatan kepada semua peserta konvoi dan Allah menghancurkan Yahudi zionis laknatullah....


"Isu Palestin Isu Kemanusian"

Mohamad Solehin Bin bakri,
Timb Presiden Rakan Masjid

Sunday, April 11, 2010

Selamat menghadapi peperiksaan

No comments:

Assalamualaikum,

buat sahabat2 yang bakal menghadapi peperiksaan,
Rakan Masjid ingin mengucapkan "selamat bermujahadah" dalam peperiksaan yang akan mendatang.Moga ALlah memberkati usaha kalian.

wassalam.

Wednesday, March 24, 2010

TAKLIMAT LAWATAN KE RUMAH ORANG-ORANG TUA SRI KENANGAN TAMAN KEMUMIN

No comments:
TAKLIMAT LAWATAN KE RUMAH ORANG-ORANG TUA SRI KENANGAN TAMAN KEMUMIN

Kepada mereka yang telah memberikan nama untuk menyertai lawatan ke Rumah Orang-orang Tua Sri Kenangan Taman Kemumin, esok akan diadakan taklimat di Pusat Islam jam 5.oopm. Sila maklumkan kepada rakan-rakan yang berkenaan.

Sebarang masalah sila maklumkan kepada Saudari Rafaa' Binti Mohamed (Perubatan 4)- 017-2994606. humairafa@gmail.com.

Untuk makluman semua, pendaftaran telah ditutup.

Wallahu'alam.

Monday, March 22, 2010

LAWATAN KE RUMAH ORANG-ORANG TUA SRI KENANGAN TAMAN KEMUMIN

No comments:

Assalamu'alaikum wbt.

InsyaAllah , Pusat Islam akan menganjurkan program lawatan ke Rumah Orang-orang Tua Sri Kenangan Taman Kemumin.

Tarikh: 27/3/2010

Masa: 9am-12.30 tghr

Dengan ini, penyertaan dibuka kepada mereka yang berminat untuk sama-sama mengikuti lawatan ini. Sila beri nama, kursus, no. ic & no. telefon ke itahsatali@gmail.com.

Berikut adalah tentatif program:

9.00am : Bertolak dari USM

9.30am : Tiba di Rumah Orang-orang Tua Sri Kenangan Taman Kemumin

9.40am : Ucapan aluan dari pihak Rumah Orang-orang Tua Sri Kenangan Taman Kemumin

9.50am : Ucapan aluan dari Pusat Islam

10.00am : Sesi Ramah Mesra

11.00am : Medical check-up

12.15PM : Makan tengah hari

-Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang tidak mengasihi orang muda dan tidak mengenali hak orang tua maka bukan dari kalangan kami.”
-Riwayat Abu Daud
-
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=372