Friday, February 27, 2009

Ucapan Pengerusi Rakan Masjid USMKK

No comments:


UCAPAN ALUAN TIMBALAN PENGARAH PUSAT ISLAM MERANGKAP PENGERUSI RAKAN MASJID KAMPUS KESIHATAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan keizinan-Nya, Puat Islam Kampus Kesihatan dapat melebarkan lagi sayapnya iaitu dengan tertubuhnya Rakan Masjid Kampus Kesihatan yang dilancarkan secara rasminya oleh Pengarah Kampus Kesihatan pada 18 Januari 2009.

Rakan Masjid adalah satu jawatankuasa di bawah Pusat Islam yang bertindak sebagai platform untuk memberi peluang kepada pelajar dan staf Kampus Kesihatan untuk terlibat secara langsung dalam penganjuran aktiviti kerohanian. Ia juga bertujuan untuk memperluaskan tugas dakwah ke peringkat agar umbi dengan mengembelingkan tenaga pelajar, kakitangan akademik dan mereka yang arif dalam agama agar pelaksanaannya memberi impak yang besar kepada semua lapisan masyarakat kampus.

Selain dari itu penubuhan Rakan Masjid juga dapat merapatkan ukhuwah sesama pelajar dan staf, memupuk semangat bekerja secara sukarela, dan mengembangkan bakat dan potensi diri melalui aktiviti yang sangat mulia, iaitu aktiviti dakwah. Mereka yang melakukan tugas dakwah adalah golongan yang terbaik di sisi Allah swt. Firman Allah swt yang bermaksud:


”Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah.” (Surah Ali Imran: ayat 110).


Dengan tertubuhnya Rakan Masjid pastinya akan memperkasakan lagi aktiviti kerohanian Pusat Islam dalam membina kecemerlangan saksiah warga kampus, yang insya-Allah menjadi pelengkap kepada kecemerlangan akademik yang menjadi pemangkin kepada misi USM Universiti Apex dalam memimpin institusi pendidikan tinggi negara untuk bersaing di peringkat dunia.

Semoga program Rakan Masjid mendapat tempat di hati semua warga kampus. Mudah-mudahan segala usaha yang baik ini diberkati oleh Allah swt.

Sekian wassalamualaikum wrt wbt.


DR. WAN NUDRI BIN WAN DAUD

Timbalan Pengarah

Pusat Islam Kampus Kesihatan USM