Wednesday, December 22, 2010

MALU vs TAK MALU

No comments:
HURAIAN: HADITH 20

عَنْ أَِبي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بِنْ عَمْرٍو الأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم :

إِ نﱠ ﻣِﻤﱠﺎ أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ آَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُوْلَى: إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ)) رواه البخاري))

Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu. (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)

Pokok Perbincangan Hadith

1) Malu- akhlak para nabi Allah & malaikat (warisan para nabi).

2) Makna suruhan dalam hadis :

  • Suruhan sebagai tahdid (kecaman) - dibayangkan balasan dunia @ akhirat.
  • Suruhan terhadap perkara yang harus - pilihan (buat/tak buat).
  • Suruhan sebagai pilihan - sifat malu sebagai bentengnya.(dlm perkara maksiat).

3) Malu terbahagi dua :

  • yang boleh diusahakan - mengenal Allah - merasai muraqabah Allah.
  • yang tak boleh diushakan -fitrah yang diberikan Allah kpd sesiapa yg dikehendaki(kebaikan).

4) Malu yang dicela - yang tidak menepati syarak :malu bertanya tentang agama/ beribadat dalam keadaan jahil.

Pengajaran Hadith

Malu adalah salah satu sifat utama seorang mukmin kerana ia adalah sebahagian dari lman.

Malu tidak menghasilkan sesuatu kecuali kebaikan. la menjadi perisai daripada melakukan banyak perkara jahat. Sejarah membuktikan bahawa nafsu manusia tidak terbatas dan tidak pernah puas. Hanya dengan sifat malu, mereka mampu membendung dan menjurusnya ke arah kemuliaan. Malu sejati ialah malu yang didorong oleh perasaan lman kepada Allah.

Malu melakukan kebaikan adalah malu yang tercela dan dilarang seperti:

  • malu menutup aurat,
  • malu mengerjakan ketaatan kepada Allah, atau
  • malu bertanya perkara yang tidak diketahui.

Sumber: Hadith 40 (Imam An-Nawawi)

Thursday, December 16, 2010

CERAMAH MOTIVASI & SOLAT HAJAT

No comments:

Sempena peperiksaan yang bakal tiba, Skuad Kerohanian Batch Tahun 2 (MedDen) Rakan Masjid USMKK akan menganjurkan satu program

CERAMAH MOTIVASI & SOLAT HAJAT


Bagaimana untuk kecapi kejayaan yang cemerlang dan diredhai Allah?

Anda tahu jawapannya?

Jom ikuti pengisian motivasi ini!

Agar diri kita akan lebih bermotivasi dan moga ia dapat menjadi satu inspirasi untuk kita lebih maju dalam akademik. Di samping itu, jom sama-sama ambil peluang ini untuk solat hajat secara berjemaah. Mohonlah agar hajat dikabulkan dan kita hanya mengharapkan yang terbaik dari Allah. InsyaAllah.

“…kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” Surah Ali Imran ayat 159

Saturday, December 4, 2010

HALAQAH ILMIAH: A Walk To Remember

No comments:

~Halaqah Ilmiaah~

Assalamu’alaikum w.b.t, insyaAllah Halaqah Ilmiah pada m

inggu ini membawakan tajuk

“A Walk To Remember: HIJRAH”

yang akan disampaikan oleh

Ustaz Nur Azariza Bin Mohd Alawi

pada

6 Disember 2010 (Hari Isnin)

7.30-8.30 malam

di

Masjid Pusat Islam USMKK

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah semata-mata." Bagaimana kita mahu menjadikan hidup dan mati kita hanyalah untuk-NYA semata-mata?

Jom! Pakat datang ramai-ramai. Bersama kita mengimarahkan masjid disamping menambah ilmu di dada. Hebahkan kepada yang lain. Terima kasih~