Friday, April 22, 2011

Ayuh!! Jom sertai KURSUS INTENSIF TALAQQI KITAB 2011

1 comment:

KURSUS INTENSIF TALAQQI KITAB 2011

TARIKH:

19 Mei – 2 Jun 2011

(2 MINGGU)

ANJURAN :

Pertubuhan Khairu Ummah

DENGAN KERJASAMA

Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah

Pondok Pasir Tumboh

PENGENALAN

Satu kursus pengajian ilmu agama secara intensif berkonsepkan talaqqi (belajar secara bersemuka dengan guru) kitab ulama dahulu dengan gabungan aspek ilmu tauhid, feqah, dan tasauf yang dihimpunkan di dalam sebuah kitab berdasarkan sumber yang digali dari Al-Quran dan Al-Hadis sebagai memenuhi keperluan asas mahasiswa yang sibuk untuk belajar dalam masa yang panjang.

OBJEKTIF :

  • Mendedahkan kepada Mahasiswa teknik menuntut ilmu agama yang berkesan sehingga mampu untuk menguasainya dalam masa yang singkat.
  • Sebagai satu momentum yang penting untuk menaikkan semangat motivasi dalam beramal ibadat.
  • Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab yang mewarisi sistem warisan ilmu Rasulullah SAW.
  • Memberi pendedahan mahasiswa tentang sistem pendidikan di Pondok yang telah banyak melahirkan golongan ulama-ulama silam yang masyhur dengan kealiman mereka.
  • Menjalinkan hubungan antara Mahasiswa dengan pihak Madrasah Pengajian Pondok, terutama dengan pihak Pertubuhan Khairu Ummah. Hubungan sedemikian dapat berkerjasama untuk memartabatkan Agama Islam yang kita anuti.

KENAPA ANDA PERLU MENGHADIRI KURSUS INI DAN APAKAH FAEDAHNYA?????

  1. Menuntut ilmu agama itu adalah fardhu ain. Wajib bagi kamu untuk mempelajari dan mengetahuinya
  • Ilmu tasawuf itu ibarat mutiara di lautan. Ilmu feqah pula ibarat sebuah kapal. Ilmu usuluddin itu d umpamakan lautan. Kamu tidak mampu memiliki mutiara andaikata tidak menemui lautnya dan tidak memiliki kapal. Jikapun kamu menemui laut, jalan untuk memiliki mutiara adalah sangat sukar dan mustahil tanpa kapal sebagai pandu arah dalam pencarian kedudukan mutiara. Jikapun kamu memiliki kapal dan laut, tanpa mutiara itu umpama hidup yang tiada arahtujuan.

2. Amalan ibadat tidak akan diterima jika iktikad tersasar dari aqidah ahli sunnah wal jamaah.

  • Agama itu sebagai sepohon pokok, maka tunjang akar dan batang pokok adalah iqtiqad atau kepercayaan, manakala cabang dahannya adalah ibadah‐ibadah yang lahir. Jika rosak tunjang akar dan batangnya,maka luruh dan rosaklah cabang dahannya. Begitu juga dengan Agama, jika rosak aqidah atau iktiqad seseorang itu, maka tiada berhasillah ibadah‐ibadah yang lahirnya.
  • Sebagaimana Imam Ghazali Menjelaskan: “ Bagaimana mungkin engkau menyembah sesuatu (ALLAH) yang engkau tidak megenalinya dengan nama-namanya, sifat-sifatnya, sifat yang wajib baginya dan sifat yang mustahil untuk disifatkan terhadapnya. Terkadang engkau mengiktikad pada zatnya dan sifatnya (nauuzubillah), perkara yang yang menyalahi dengan kebenaran, maka jadilah ibadah engkau habuk yang berterbangan.” (Kitab Minhajul Abidin : Aqabah Ula- Aqabah Ilmi)

3. Setiap amalan tanpa ilmu adalah amalan yang tertolak & tidak diterima serta sia-sia

  • Sabda Nabi,maksudnya: "Ini krn sesiapa yg beramal tanpa ilmu, banyaklah dia merosakkan sesuatu yang dia hendak mengelokkannya. Lagi sabdanya: "Ilmu itu imam bagi amalan dan amalan itu mengikutinya."

4. Kuasai Ilmu fardhu ain adalah utama berbanding ilmu –ilmu lain atau perkara-perkara ibadat yang lain malah lebih utama daripada berperang fi sabilillah.

  • Pesan Saidina Ali bin Abi Talib : Orang yang berilmu(belajar ilmu agama) lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang berilmu, maka terjadi suatu kekosongan dalam Islam yang tidak dapat ditutup selain oleh pengantinya (yg berilmu juga).
  • Diriwayatkan oleh Abi Hurairah r.a. katanya : Demi Allah, Aku mengetahui satu bab daripada ilmu tentang suruhan dan larangan adalah terlebih dikasihi olehku daripada 70 peperangan fi sabilillah.

5. Sebagai seorang pemimpin samada pemimpin terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara amnya wajib bagi kita menguasai ilmu asas agama.

  • Kata Saidina Omar:" Pelajarilah ilmu kefahaman agama sebelum kamu jadi ketua."

6. Perjuangan kita sebagai mahasiswa bukan atas dasar semangat semata-mata namun perlulah berjuang atas dasar kefahaman agama. Ini kerana semangat ada turun naiknya namun kefahaman yang jelas akan membawa istiqamah selamanya.

MOHON SEBARKAN...

Maklumat Lanjut sila layari : http://khairuummah77.wordpress.com/

MOHON JASA BAIK SAHABAT-SAHABAT' SEBARKAN KE AHLI AHLI KALIAN, MOGA ALLAH MEMBALASNYA DENGAN GANJARAN YANG BESAR...INSYAALLAH.


Wednesday, April 20, 2011

Kejohanan Baminton Tertutup PAPISMA Kelantan 2011

No comments:
Assalamu'alaikum wrbt.

PAPISMA Kelantan di bawah Biro Kebajikan dan Silaturahim akan menganjurkan Kejohanan Baminton Tertutup PAPISMA Kelantan 2011. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 21 April 2011 (Khamis)
Masa : 5.00petang-7.00malam
Tempat : Kompleks Sukan USM (Court Badminton)
Jenis : Beregu. (Single takut xlarat je )

Cabutan perlawanan akan dibuat di gelangan badminton. 3 Hamper disediakan kepada regu yang menjadi Johan, Naib Johan dan Tempat Ke-3.

Kepada yang berminat menyertai, bolehlah memaklumkannya kepadasaudara Syakir 019-9009321. Kehadiran sahabat semua amat diharapkan, termasuk pelajar-pelajar USMKK.

Pendaftaran percuma. Minuman di sediakan.



Anjuran:


HALAQAH ILMIAH: Tafsir Surah al-Hujurat

No comments:

Ulasan oleh Ustaz Fikri bin Hamat (Imam Masjid Kubang Kerian)

Tarikh: 20 April 2011 (Hari Rabu)
Masa: Selepas solat Maghrib
Tempat: Masjid Pusat Islam USMKK

*Pakat datang beramai-ramai mentadabbur isi kandungan al-Quran. Moga diberkati-NYA.

Monday, March 21, 2011

SALAM IMTIHAN Buat Semua

No comments:

"Man Jadda Wa Jada, Man Zaro a Hasoda."
Semoga beroleh kejayaan buat semua pelajar USMKK yang bakal menghadapi peperiksaan PRO 1, PRO 2, PRO 3 (MedDen) & peperiksaan akhir semester (PPSK)







Berusaha! Dan bermohonlah kepadaNYA jua...

MERCY Malaysia Buat Persiapan Bantuan ke Jepun

No comments:

Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) meminta Pasukan Penilaian Pantas, Unit Bantuan Kecemasan dan sukarelawannya bersiap sedia menghadapi kemungkinan dihantar ke Jepun untuk memberi bantuan berikutan kejadian gempa bumi dan tsunami yang berlaku semalam.

Presidennya Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus hari ini berkata sekiranya penghantaran perlu dibuat, Pasukan Penilaian Pantas MERCY Malaysia akan membuat penilaian di lapangan untuk mengenal pasti bantuan yang diperlukan di kawasan terjejas.

"Kami bekerjasama rapat dengan Kedutaan Jepun di sini dan sering berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Tokyo," katanya dalam satu kenyataan di sini. Beliau juga melahirkan perasaan dukacita MERCY Malaysia tentang kemalangan jiwa akibat gempa bumi dan tsunami itu serta mengucapkan simpati kepada keluarga terlibat.

Gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter menggegarkan Jepun tengah hari semalam dan menyebabkan wilayah timur laut negara itu dilanda tsunami setinggi 10 meter. Setakat ini, sekurang-kurangnya 1,000 orang dilaporkan maut akibat bencana alam itu.

- Kuala Lumpur, 12 Mac 2011
Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia).iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.

AKU BERLAKON DI PENTAS DUNIA

No comments:

Aku berlakon di pentas dunia,
Membawa watak dan seribu rupa,
Senyuman menawan lirikan menggoda,
Menyambar jiwa hingga ternoda.

Tangan dihayun sambil mendada,
Berdiri megah umpama raja,
Semua jalan sudah dipeta,
Tersedia bekalan untuk bertapa.

Terus mendada sambil berkata,
" Tiada insan setanding saya " ,
Luputnya ingatan pada Yang Esa,
Agungnya hidup tanpa Pencipta.

Namun,
Hakikat sebenar tak pernah lupa,
Wujudnya Tuhan sentiasa ada,
Nafas dihela di dunia nyata,
Karma tersenyum lalu menerpa.

Rapuhya pentas sudah masanya,
Hadirin sinis petanda duka,
Bertakunglah air di kelopak mata,
Batin menjerit beralunkan lara.

Ingatlah,
Tuhan kita tidaklah kejam,
Dugaan dikirim tanda menyapa,
Sebagai peringatan di hari tua,
Agar terselamat daripada merana.

Ku sembamkan wajah di bumi rata,
Mohon maghrifah pada pencipta,
Minta dihilangkan cacat dan cela,
Kuburkan sekali dusta dan nista.

Aku dambakan cinta sempurna,
Kedamaian abadi di dalam jiwa,
Pimpinlah aku bawa bersama,
Beri kesempatan mencium syurga.

Sunday, February 20, 2011

CERAMAH PERDANA MAULIDURRASUL 1432H

No comments:
Assalamu'alaikum w.b.t,
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai ke:

Anjuran: Rakan Masjid Kampus Kesihatan USMKK

.......................................................................................................

Dia Kekasih ALLAH~


Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Tuesday, February 15, 2011

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H PERINGKAT KAMPUS KESIHATAN USMKK

No comments:
Sukacita dimaklumkan Pusat Islam akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1432H Peringkat Kampus Kesihatan USM bagi memupuk dan meningkatkan kecintaan warga kampus terhadap junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Maklumat adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh : 16 Februari 2011 (Rabu)
Masa : 2.00 petang – 4.45 petang
Tempat : Auditorium Pusat Pembangunan Mahasiswa, BHEPP

Penceramah : Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus
(Mentor Program Imam Muda Astro Oasis, Panel Halaqah TV9, Pengacara Akademi Al-quran musim ke-5)

Tajuk ceramah : "Muhasabah Cinta"

Sila hadir beramai-ramai. Buktikan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w. dan kehidupan Hari Akhirat

Sekian, wassalam

Saturday, February 12, 2011

Katakan Tidak pada Valentine Day!

No comments:

Nabi bersabda: “Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512)

Sambutan Hari Valentine merangsang ke arah perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran serta membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (al-Israa’ : 32)

Bacaan lanjut di:

http://mindasuper.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=204&Itemid=41

7 Amalan Rasulullah S.A.W

No comments:
"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup."

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhuk terus-menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu ia akan sentiasa merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi.

p/s: Kita sangat digalakkan berselawat kepada Nabi kita s.a.w.

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]

Sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=11518.0

Monday, January 10, 2011

Hebahan: WACANA ILMU

No comments:

*PAKAT DATANG RAMAI-RAMAI. TAJUK YANG MENARIK & BAKAL DISAMPAIKAN OLEH INDIVIDU YANG PERTAMA KALI BARANGKALI MEMBERI PENGISIAN DI MASJID PUSAT ISLAM. TENTUNYA LEBIH MENARIK DENGAN KEHADIRAN ANDA SEMUA, INSYA-ALLAH.


IKLAN: KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA’ SESI 2011/2012

No comments:
JOM! JANGAN LEPASKAN PELUANG.



Assalamualaikum,

KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA’ SESI 2011/2012

Sukacita dimaklumkan Pusat Islam Kampus Kesihatan USM dengan kerjasama Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’)akan menganjurkan Kursus Pengubatan Islam Sessi 2011/2012 mengikut maklumat berikut:

Tempoh Pengajian : 13 Januari 2011 hingga 21 Januari 2012

Masa : Setiap hari Sabtu 2 minggu sekali
8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Dewan Kuliah 2 PPSP

Yuran Pengajian : RM 800.00

(Yuran meliputi Yuran Pendaftaran RM200,Buku RM200.00,
Keahlian seumur hidup RM120.00,Bahan Pengajian RM280.00)

(Bayaran boleh dibuat secara ansuran dengan bayaran permulaan RM 200.00 untuk buku)

Semua yang berminat dipelawa untuk menyertai Kursus ini. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan Ijazah Pengubatan Islam Darussyifa' yang diiktiraf oleh KKM.

Borang Pendaftaran boleh didapati di Pusat Islam. Untuk Pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi Pusat Islam Kampus Kesihatan USM di Ext: 1067/ 1068.

Tarikh Tutup penyertaan: 11 Januari 2011

Rosdian Hassan
Pusat Islam