Monday, March 21, 2011

SALAM IMTIHAN Buat Semua

No comments:

"Man Jadda Wa Jada, Man Zaro a Hasoda."
Semoga beroleh kejayaan buat semua pelajar USMKK yang bakal menghadapi peperiksaan PRO 1, PRO 2, PRO 3 (MedDen) & peperiksaan akhir semester (PPSK)







Berusaha! Dan bermohonlah kepadaNYA jua...

MERCY Malaysia Buat Persiapan Bantuan ke Jepun

No comments:

Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) meminta Pasukan Penilaian Pantas, Unit Bantuan Kecemasan dan sukarelawannya bersiap sedia menghadapi kemungkinan dihantar ke Jepun untuk memberi bantuan berikutan kejadian gempa bumi dan tsunami yang berlaku semalam.

Presidennya Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus hari ini berkata sekiranya penghantaran perlu dibuat, Pasukan Penilaian Pantas MERCY Malaysia akan membuat penilaian di lapangan untuk mengenal pasti bantuan yang diperlukan di kawasan terjejas.

"Kami bekerjasama rapat dengan Kedutaan Jepun di sini dan sering berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Tokyo," katanya dalam satu kenyataan di sini. Beliau juga melahirkan perasaan dukacita MERCY Malaysia tentang kemalangan jiwa akibat gempa bumi dan tsunami itu serta mengucapkan simpati kepada keluarga terlibat.

Gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter menggegarkan Jepun tengah hari semalam dan menyebabkan wilayah timur laut negara itu dilanda tsunami setinggi 10 meter. Setakat ini, sekurang-kurangnya 1,000 orang dilaporkan maut akibat bencana alam itu.

- Kuala Lumpur, 12 Mac 2011
Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia).iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.

AKU BERLAKON DI PENTAS DUNIA

No comments:

Aku berlakon di pentas dunia,
Membawa watak dan seribu rupa,
Senyuman menawan lirikan menggoda,
Menyambar jiwa hingga ternoda.

Tangan dihayun sambil mendada,
Berdiri megah umpama raja,
Semua jalan sudah dipeta,
Tersedia bekalan untuk bertapa.

Terus mendada sambil berkata,
" Tiada insan setanding saya " ,
Luputnya ingatan pada Yang Esa,
Agungnya hidup tanpa Pencipta.

Namun,
Hakikat sebenar tak pernah lupa,
Wujudnya Tuhan sentiasa ada,
Nafas dihela di dunia nyata,
Karma tersenyum lalu menerpa.

Rapuhya pentas sudah masanya,
Hadirin sinis petanda duka,
Bertakunglah air di kelopak mata,
Batin menjerit beralunkan lara.

Ingatlah,
Tuhan kita tidaklah kejam,
Dugaan dikirim tanda menyapa,
Sebagai peringatan di hari tua,
Agar terselamat daripada merana.

Ku sembamkan wajah di bumi rata,
Mohon maghrifah pada pencipta,
Minta dihilangkan cacat dan cela,
Kuburkan sekali dusta dan nista.

Aku dambakan cinta sempurna,
Kedamaian abadi di dalam jiwa,
Pimpinlah aku bawa bersama,
Beri kesempatan mencium syurga.