Friday, March 20, 2009

Umar

1 comment:

“Biarlah dia,”
“Kenapa nak biarkan?”
“Umar, perempuan tu dah terlebih had. Kau nak diamkan lagi?”

Azrul memandang sahabat baiknya. Atas dunia ni, Umar pada Azrul terlalu baik. Jarang dia nampak Azrul merah kemarahan. Umar putih, bukan pucat. Umar punya wajah ingin dipandang bukan sekali. Meski suasana tegang, Umar tetap tenang. Tenang tak bermaksud Umar diam. Jika silap, Umar tetap membangkang. Tapi cara Umar dengan bertegas, dalam lembut.

Ah, Umar. Dia Umar. Dia bukan Azrul. Kerana dia Umar, jarang ada orang mampu berbicara lebih bila hitam sudah Umar tetapkan.

*****************************************************************************************************

“Makan?”
“Diet,”
“Diet?”
“Aah diet, kenapa?”
“Badan tak adalah ceramping mana, tapi tak adalah gedempol pun. Tak faham akulah,”
“Tak payah faham,”

Aliya memandang dalam wajah Hannah. Degil. Kepala batu. Susah di ajar. Entah apalah dalam kepala otak perempuan nan seorang ni. Pun begitu, dia masih kawan. Dan Hannah, dia masih boleh didampingi. Hannah, bernas dalam tutur kata. Hannah, jelas berbicara yang benar-benar sahaja. Hannah, senyumannya mudah terukir, namun serius lebih banyak dari senyumnya.

Hannah dan bongkak, sinonim. Dia punya pendirian sendiri dan itu jelas. Bukan semua sukakan Hannah, tapi belum semua bencikan dia.

Ah, Hannah dia unik seperti singa


*****************************************************************************************


“Umar, kau demam lagi ke?”

Ketukan pintu bertalu-talu tidak di buka Umar. Azrul sangat faham satu sifat unik sahabatnya yang seorang ini. Dia takkan buka pintu saat dia sakit, selalunya demam.

Pernah juga Azrul bertanya, Umar hanya diam dan tersenyum. Biar pucat, Umar tetap tidak mahu Azrul bantu.

“Umar, ke kelas tak?”

Senyap.

“Umar????”

Masih senyap.

“Az, kau pergilah. AKu tak sihat,”

Perlahan namun jelas. Bila Umar berkata begitu, itu satu isyarat dia tidak mahu diambil tahu. Ya, Umar pelik. Azrul akui itu. Namun atas sebab mengapa, Azrul masih tidak tahu. Umar bukan perahsia orangnya. Lebih-lebih lagi kalau membincangkan ilmu agama. Setiap maghrib, pasti satu ayat ilmu paling tidak akan terkeluar dari bibir lelaki muda berkumis nipis ini.

Wajah cerahnya makin indah dengan disulami tenang.

Beberapa muslimat dan gadis-gadis universiti selalu melirik Umar tidak kira apa sedang Umar lakukan.

“Az, pandangan pertama tak mengapa. Dua kali sudah nafsu,’

Azrul tertunduk. Segan. Sudah namanya lelaki, dan Azrul lelaki. Itu jelas.

“Umar, mahu ke klinik?”
“Az, pergilah. AKu mahu rehat,”

Azrul menjatuhkan tangannya yang melekat pada pintu sejak dari ketukan pertama. Satu tarikan nafas panjang.

Kalau dulu Azrul seperti orang biasa, Azrul sekarang lebih mirip Umar.

“Woi Az, nak jadi malaikat sekarang eh?”

Ah, dunia.

“Aku pergi dulu. Panadol ada dalam peti. Assalmualaikum,”

Salam berjawab perlahan. Ada batuk. Azrul rasa Umar sakit. Pernah juga dia mengutarakan beberapa persoalan. Namun Umar menjawab dalam tawa.

“Kau ingat aku ada barah ke? Macam semua cerita novel. Watak merahsiakan penyakit tanda dia mulia? Hish, Az, mengarutlah kau,”

“Habis,”

“Aku memang tak suka kalau sakit ada orang. Aku memang pelik pun. Tak selesa bila ada orang. Alah, demam pening selsema batuik je pun,”

“Kenapa?”

“Semua manusia ada sifat tersendiri kan? AKu itulah salah satunya. Jangan risaulah, kalau aku ada barah, kau orang pertama aku cerita. AKu bukan watak dalam novel melayu,”

Mengekek Umar ketawa. Tawa itu berbunyi ikhlas. Seikhlas dan sejernih hati Umar.

Azrul lega.

Bersambung

Tuesday, March 17, 2009

Minggu Membugar As-Sunnah Dan Diskusi Intelek

No comments:


Minggu Membugar As-Sunnah

SIRI 1 - “Pemurnian Sirah” oleh Maulana Asri Yusof
15 Mac : 8.00mlm - 9.00mlm : Masjid Kampus Kesihatan

SIRI 2 - “Tanggungjawab Ummah Terhadap Rasulullah” oleh Dr. Abdul Basit Abd. Rahman
17 Mac 2009 : 2.30ptg - 4.00ptg : Auditorium PPSG

SIRI 3 - “Kepimpinan Rasulullah” oleh Dr. Ahmad Najib Abdullah
17 Mac 2009 : 8.00mlm - 9.00mlm : Masjid Kampus Kesihatan

SIRI 4 - “Ittiba’ Rasul : Manhaj Nabi di Dalam Aqidah dan Ibadah” oleh Dr. Abdul Basit Abd. Rahman
19 Mac 2009 : 8.00mlm - 9.00mlm : Masjid Kampus Kesihatan

SIRI 5 - “Hikmah Rasulullah di Dalam Jihad dan Dakwah” oleh Ustaz Badrul Hisham
23 Mac 2009 : 2.30ptg - 4.00ptg : Auditorium Perubatan Nuklear



DISKUSI INTELEK 
"INSAN TELADAN SEPANJANG ZAMAN"

“Akhlak Nabi - Keindahan Keperibadian Nabi” 
oleh Ustaz Nasim Abd. Rauf

“Akhlak Nabi di Dalam Berkeluarga” 
oleh Ustaz Hanif

“Akhlak Nabi di Dalam Bermasyarakat dan Bernegara” 
oleh Ustaz Shamsuddin

Tarikh : 21 Mac 2009 
Masa : 8.30pg - 1.00ptg 
Tempat  : Dewan Nurani

Tuesday, March 10, 2009

Forum Maulidur Rasul dan Gotong-royong

No comments:


Forum Maulidur Rasul

Tarikh : 13 Mac 2008
Masa : 9.00 mlm - 11.30 mlm
Tempat : Dewan Utama

Moderator : Dr. Zakuan Zaini Deris
Ahli Panel : Prof Dr, Zabidi Azhar Hussin
Ustaz Fadhli Shaari 
Dr. Zaharah Sulaiman



Gotong-royong Dan Majlis Kesyukuran Maulidur Rasul

Tarikh : 14 Mac 2009
Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : Masjid Kampus Kesihatan USMKK

Semua pelajar dan staf dijemput hadir.
Sukarelawan diperlukan!!

Antara aktivit yang akan dijalankan adalah korban lembu (2 ekor), memasak bersama dan menikmati juadah. Marilah bersama mengeratkan silaturrahim di antara kita.

“dan tolong-menolonglah kalian dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”
Al-Maidah: 2

Monday, March 9, 2009

Majlis Sambutan Maulidur Rasul USMKK

No comments:


Majlis Sambutan Maulidur Rasul
Peringkat Kampus Kesihatan

“Apa Ertinya Saya Mencintai Rasulullah?”
oleh Ustaz Farid Ravi Abdullah (KUIS)

Tarikh : 10 Mac 2009, Selasa
Masa : 9.00 pg - 12.30 tgh
Tempat : Dewan Utama

Marilah bersama kita menghadirinya!!!!


“sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu)
 bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan 
dia banyak menyebut Allah”
(Al-Ahzab : 21)

Di sebalik bulan Rabiul Awal..

No comments:

Bismillah...

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-peristiwa penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut
Bulan Rabiulawal adalah seperti bulan-bulan Islam yang lain maka amalan sunat di bulan Rabiulawal adalah sama seperti amalan sunat di bulan-bulan yang lain.

Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan fardu dan sunat tanpa mengira di bulan manapun di sepanjang tahun.

Amalan-amalan kita itu akan menjadi bekalan untuk kita meneruskan perjalanan ke padang mahsyar esok. Masjidil Haram di Makkatul Mukarramah.

Selain dari itu, kualiti ibadah juga adalah diambil kira. Niat dan keikhlasan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam menentukan nilai ibadah kita. Diantara syarat sesuatu ibadah itu diterima ialah niat.

Niat itu akan menggambarkan keikhlasan kita.Kerja yang ikhlas akan membawa kepada kesempurnaan dan kesempurnaan akan membawa kepada kepuasan dan kepuasan akan membawa kepada ketenangan.

Moga kita sama-sama dapat meningkatkan amalan ibadat kita agar kita mempunyai bekalan untuk dibawa ke kampung Akhirat esok, InsyaAllah.

Sambutan Maulidurrasul

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.

Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;

  1. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya."

  2. Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala."

  3. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa "dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw.



sumber;© Jabatan Mufti Melaka


wassalam.Allahu a'lam.




Friday, March 6, 2009

Program Sambutan Maulidur Rasul 1430H

No comments:

Program Sambutan Maulidur Rasul 1430 H
Peringkat Kampus Kesihatan

10 Mac 2009 - 23 Mac 2009

Antara aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung:


1. MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

TARIKH : 10 Mac 2009 (Selasa)

MASA : 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari

TEMPAT : Dewan Utama

TAJUK : ‘Apa Erti Saya Mencintai Rasulullah?’

PENCERAMAH : Ustaz Farid Ravi Abdullah (KUIS)


2. FORUM MAULIDUR RASUL

TARIKH : 13 Mac 2009 (JUMAAT)

MASA : 9.00 malam hingga 11.30 malam

TEMPAT : Dewan Nurani

AHLI PANEL : Prof. Zabidi Azhar Husin

Ustaz Fadhli Shaari

Dr. Zaharah Sulaiman

MODERATOR : Dr. Irfan Mohamad


3. GOTONG-ROYONG DAN KESYUKURAN MAULIDUR RASUL

TARIKH : 14 Mac 2009 (SABTU)

MASA : 8.00 pagi hingga 3.00 petang

TEMPAT : Masjid Kampus Kesihatan USM


4. MINGGU MEMBUGAR AS-SUNNAH

SIRI 1 - “Pemurnian Sirah” 

oleh Maulana Asri Yusof

15 Mac : 8.00mlm - 9.00mlm : Masjid Kampus Kesihatan

SIRI 2 - “Tanggungjawab Ummah Terhadap Rasulullah” 

oleh Dr. Abdul Basit Abd. Rahman

17 Mac 2009 : 2.30ptg - 4.00ptg : Auditorium PPSG

SIRI 3 - “Kepimpinan Rasulullah” 

oleh Dr. Ahmad Najib Abdullah

17 Mac 2009 : 8.00mlm - 9.00mlm : Masjid Kampus Kesihatan

SIRI 4 - “Ittiba’ Rasul : Manhaj Nabi di Dalam Aqidah dan Ibadah” 

oleh Dr. Abdul Basit Abd. Rahman

19 Mac 2009 : 8.00mlm - 9.00mlm : Masjid Kampus Kesihatan

SIRI 5 - “Hikmah Rasulullah di Dalam Jihad dan Dakwah” 

oleh Ustaz Badrul Hisham

23 Mac 2009 : 2.30ptg - 4.00ptg : Auditorium Perubatan Nuklear


5. DISKUSI INTELEK ‘INSAN TELADAN SEPANJANG ZAMAN’

TARIKH : 21 Mac 2009

MASA : 8.30 pagi hingga 1.00 petang

TEMPAT : Dewan  Nurani

 

Thursday, March 5, 2009

Keindahan Bersama-Mu

No comments:

Keindahan Bersama-Mu

Butiran Program adalah seperti berikut:

Tarikh: 6 - 7 Mac 2009
Tempat : Dewan Nurani USMKK
Yuran Pendaftaran: RM 15.00 seorang

Tentatif Program:

HARI PERTAMA ( Jumaat/ 6 MAC 2009)

8.00 – 8.30 : pg Pendaftaran peserta
8.45 - 9.00 pg : Majlis perasmian & penyerahan ( ringkas)
9.15 – 10.00 pg : KNOWING ME KNOWING YOU .
10.00 – 10.30 pg : Minum Pagi
10.30 – 12.30 tgh : Nikmat Oh Nikmat
12.30 – 2.30 ptg : * ISOMA (Solat Jumaat)
2.30 – 4.30 ptg : INTEAM
4.30 - 5.30 ptg : Minum Petang & Solat
5.30 -6.30 ptg : BADAN CERGAS OTAK CERDAS
6.30 – 8.45 mlm : ISOMA
9.00 – 1.00 pg : MENITI ANGIN MALAM
1.00 – 1.30 pg : Minum Malam

HARI KEDUA ( Sabtu/ 7 MAC 2009)

8.00 – 8.30 pg : BADAN CERGAS OTAK CERDAS II
8.30 – 9.00 pg : Sarapan, Rehat & Persiapan Diri
9.00 – 11.00 pg : Bersama Menuju Kejayaan
10.00 – 12.30 pg : Lafaz Yang Tersimpan
12.30 – 1.00 tgh : DOA PERPISAHAN
1.00 tgh : Bersurai

*ISOMA = Istirehat, Solat, Makan

Kepada Semua Yang berminat membuat pendaftaran selewat-selwatnya pada hari program bermula....

Maklumat lanjut boleh didapati:
Wali - 0132457097
Suhaimi - 0174584309
Mizah - 0139483478
Zakira - 0125364199

Marilah bersama-sama menyertainya.....

Laporan Majlis Penutupan Bulan Aurat

No comments:

oleh: Saiful Adli

Bismillah......

Bulan Aurat telah dilaksanakan dengan kerjasama Skuad Kerohanian Batch, Pusat Islam dan Rakan Masjid dengan mengutarakan tema “Kerana Dirimu Begitu Berharga”. Objektif Bulan Aurat adalah memberi kesedaran tentang pengertian aurat yang sebenar dari sudut pandangan Islam dan menonjolkan identiti seorang muslim berlandaskan ajaran Islam. 

Hadirin Majlis Penutupan Bulan Aurat

Bulan Aurat melabuhkan tirainya pada 27 Februari 2009, bersamaan dengan 2 Rabiul Awal 1430 H, dengan majlis penutupan Bulan Aurat 2009 pada jam 8 malam, bertempat di  surau Murni, USMKK. Majlis di mulakan dengan, ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, saudara Mohd Faizal b. Mohd Mansor, dan diteruskan dengan  bacaan doa oleh saudara Suhaimi, pelajar Perubatan 1. 


Kuliah Ustaz Fatah yang menarik

Majlis kemudian diteruskan lagi dengan kuliah maghrib yang di sampaikan oleh Al-faadhil Ustaz Fatah yang bertajuk “Islam  Is The Way Of Life”. Beliau menarik perhatian jemaah yang hadir pada malam tersebut dengan tayangan video yang menceritakan perkara sebenar yang berlaku di Palestin. Dalam kuliah beliau beliau menyentuh bagaimana Islam itu dikatakan Way of Life. Kuliah beliau diakhiri dengan satu tayangan video berkaitan dengan eksperimen yang dibuat mengenai bahaya rokok.

Majlis kemudian diteruskan lagi dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang  pertandingan yang diadakan sepanjang Bulan Aurat 2009, antaranya Sukaneka Muslimat, Pertandingan Menulis Cerpen, Melukis Poster, Bola Tampar Muslimin, Menulis Khat, Membuat  Sandwich dan Gubahan Tembikai. 

Ucapan Dr. Wan Nudri 

Majlis kemudian di teruskan dengan tayangan video  yang bertajuk Islam Is The Way of Life, Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh pengarah program, saudara Saiful Adli Md Ariffin, Forensik1, dan di susuli ucapan penutupan oleh Dr Wan Nudri Bin Wan Daud, Timbalan Pengarah Pusat Islam.

Penyampaian hadiah dan cenderahati 

Sebelum majlis melabuhkan tirai, majlis diteruskan dengan penyampaian saguhati kepada penceramah jemputan, Ustaz Fatah, Ustazah Amira sebagai penasihat program yang diwakili oleh ustaz Rosdian serta saguhati kepada Dr. Wan Nudri sebagai penaung kepada program Bulan Aurat 2009. Majlis sekali lagi diserikan dengan tayangan video aktiviti yang berlaku sepanjang program dan temuramah warga USMKK mengenai aurat termasuk non-muslim. Majlis berakhir jam 9.30 malam.

Wednesday, March 4, 2009

Sambungan Diskusi Buku

No comments:

InsyaAllah pada hari Khamis ini, akan diadakan diskusi ilmu berdasarkan buku Apa Ertinya Saya Memeluk Islam. Diskusi kali ini adalah sambungan daripada bab-bab yang sebelum ini terutamanya bab 2 iaitu "Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Ibadah", sambungan dari diskusi hari Jumaat yang lepas.

Butir-butir lanjut adalah seperti berikut:

Buku : Apa Ertinya Saya Memeluk Islam
Bab 2 - Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Ibadah

Penceramah : Ustaz Ubaidillah
Tarikh : 5 Mac 2009 (Khamis)
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid Pusat Islam USMKK

Maka, marilah bersama-sama kita menghadirinya. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".
 
Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Monday, March 2, 2009

Carta Organisasi Rakan Masjid USMKK

No comments:
Carta organisasi Rakan Masjid USMKK peringkat staf.

Carta organisasi Rakan Masjid USMKK peringkat pelajar.

Maka jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau sebarang urusan bolehlah menghubungi mereka yang terlibat di dalam Rakan Masjid seperti di dalam carta organisasi di atas.