Thursday, March 5, 2009

Laporan Majlis Penutupan Bulan Aurat

oleh: Saiful Adli

Bismillah......

Bulan Aurat telah dilaksanakan dengan kerjasama Skuad Kerohanian Batch, Pusat Islam dan Rakan Masjid dengan mengutarakan tema “Kerana Dirimu Begitu Berharga”. Objektif Bulan Aurat adalah memberi kesedaran tentang pengertian aurat yang sebenar dari sudut pandangan Islam dan menonjolkan identiti seorang muslim berlandaskan ajaran Islam. 

Hadirin Majlis Penutupan Bulan Aurat

Bulan Aurat melabuhkan tirainya pada 27 Februari 2009, bersamaan dengan 2 Rabiul Awal 1430 H, dengan majlis penutupan Bulan Aurat 2009 pada jam 8 malam, bertempat di  surau Murni, USMKK. Majlis di mulakan dengan, ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, saudara Mohd Faizal b. Mohd Mansor, dan diteruskan dengan  bacaan doa oleh saudara Suhaimi, pelajar Perubatan 1. 


Kuliah Ustaz Fatah yang menarik

Majlis kemudian diteruskan lagi dengan kuliah maghrib yang di sampaikan oleh Al-faadhil Ustaz Fatah yang bertajuk “Islam  Is The Way Of Life”. Beliau menarik perhatian jemaah yang hadir pada malam tersebut dengan tayangan video yang menceritakan perkara sebenar yang berlaku di Palestin. Dalam kuliah beliau beliau menyentuh bagaimana Islam itu dikatakan Way of Life. Kuliah beliau diakhiri dengan satu tayangan video berkaitan dengan eksperimen yang dibuat mengenai bahaya rokok.

Majlis kemudian diteruskan lagi dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang  pertandingan yang diadakan sepanjang Bulan Aurat 2009, antaranya Sukaneka Muslimat, Pertandingan Menulis Cerpen, Melukis Poster, Bola Tampar Muslimin, Menulis Khat, Membuat  Sandwich dan Gubahan Tembikai. 

Ucapan Dr. Wan Nudri 

Majlis kemudian di teruskan dengan tayangan video  yang bertajuk Islam Is The Way of Life, Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh pengarah program, saudara Saiful Adli Md Ariffin, Forensik1, dan di susuli ucapan penutupan oleh Dr Wan Nudri Bin Wan Daud, Timbalan Pengarah Pusat Islam.

Penyampaian hadiah dan cenderahati 

Sebelum majlis melabuhkan tirai, majlis diteruskan dengan penyampaian saguhati kepada penceramah jemputan, Ustaz Fatah, Ustazah Amira sebagai penasihat program yang diwakili oleh ustaz Rosdian serta saguhati kepada Dr. Wan Nudri sebagai penaung kepada program Bulan Aurat 2009. Majlis sekali lagi diserikan dengan tayangan video aktiviti yang berlaku sepanjang program dan temuramah warga USMKK mengenai aurat termasuk non-muslim. Majlis berakhir jam 9.30 malam.

No comments:

Post a Comment