Sunday, August 30, 2009

Kuiz Ramadhan Online 2009

No comments:

KUIZ RAMADHAN ONLINE 2009

ANJURAN SKB PPSK 2, UDP RAKAN MASJID USMKK

TARIKH PENYERTAAN: 30 OGOS - 7 SEPT 2009

TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR USMKK

HANYA SATU PENYERTAAN BAGI SETIAP PELAJAR

HADIAH ISTIMEWA MENANTI ANDA

TERBAHAGI KEPADA 4 BAHAGIAN:

1. PERIHAL RAMADHAN

2. GENERAL KNOWLEDGE

3. PERIHAL ISLAM

4. PERIHAL RAKAN MASJID/PUSAT ISLAM

LAYARI :

 http://udpkuiz.blogspot.com

 

Kehidupanku Seharian Bersama Ramadhan

No comments:

Program Ihya' Ramadhan
KEHIDUPANKU SEHARIAN BERSAMA RAMADHAN

Tarikh : 30 - 31 Ogos 2009
Masa : 5 petang - 9 pagi
Tempat : Surau Murni

*Berbuka, moreh dan sahur disediakan
*Bacaan Al-Quran secara talaqi 
dari guru bersanad
*Program muhasabah iman
*Ceramah agama
*Relay Al-Quran
*Qiamullail


Daripada Ka'ab Bin Ujrah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w.  bersabda, "Hadirlah ke mimbar." Maka kami semua pun hadir.
 
Apabila beliau naik satu anak tangga mimbar, beliau berkata, "amin" dan apabila  naik anak tangga yang kedua, beliau berkata "amin" dan apabila beliau naik anak  tangga yang ketiga baginda berkata "amin."

Apabila beliau turun, kami telah bertanya, "Ya Rasulullah! Hari ini  sesungguhnya kami telah mendengar dari Tuan sesuatu yang belum pernah kami  dengar."

Beliau bersabda, "Sesungguhnya Jibril telah muncul kepadaku dan berkata :  Binasalah dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga diampunkan. Maka aku  berkata, amin."

"Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata : Binasalah dia yang  apabila engkau disebutkan didepannya, tidak pula dia menselawatimu. Maka aku  berkata, amin."

"Apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata : Binasalah dia yang  mendapati kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang darinya telah tua tetapi  mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga. Aku berkata "amin."  

(Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban di dalam sahihnya)

Marilah bersama-sama kita menghayati Ramadhan yang mulia ini........

Wednesday, August 26, 2009

Pertandingan Debat Sempena Bulan Cakna Al-Quran

No comments:

PERTANDINGAN DEBAT SEMPENA BULAN CAKNA AL-QURAN

Tarikh : 29 OGOS 2009

Masa : PERINGKAT SARINGAN - 8.00 a.m. - 4.00 p.m.
PERINGKAT AKHIR - Selepas solat tarawih

Tempat : PERINGKAT SARINGAN - Bilik tutorial PPSP dan Dewan Kuliah 2
PERINGKAT AKHIR - Masjid Murni

Juadah berbuka puasa disediakan bagi peserta dan AJK program debat!!!

Semua warga kampus dijemput hadir.

Jadual pertandingan:

JADUAL PERTANDINGAN DEBAT ANJURAN PUSAT ISLAM DAN RAKAN MASJID SEMPENA BULAN CAKNA AL-QURAN 1430H

29/8/2009-Sabtu

8.OO am - Para peserta berkumpul di DK2

Pendaftaran peserta

8.30 am - Taklimat para peserta

Undian untuk pusingan pertama

Taklimat para hakim

9.05 am - Perlawanan pusingan pertama

10.15 am - Roll-call

Undian untuk pusingan kedua

10.50 am - Perlawanan pusingan kedua

12.00 pm - Roll-call

Undian untuk pusingan ketiga

12.35 pm - Perlawanan pusingan ketiga

1.30 pm - Rehat, sembahyang zohor

2.45 pm - Roll-call

Undian untuk pusingan keempat

2.50 pm - Perlawanan pusingan keempat

4.00 pm - Roll-call

Pengumuman peserta akhir


ATURCARA MALAM DEBAT PUSINGAN AKHIR ANJURAN PUSAT ISLAM DAN RAKAN MASJID SEMPENA BULAN CAKNA AL-QURAN 1430H

29/8/2009-Sabtu -

7.00 pm - Majlis berbuka puasa bersama barisan exco dan para VIP

Sembahyang Maghrib

Sembahyang Isyak dan Tarawih

10.00 pm - VIP mengambil tempat

Para hadirin mengambil tempat

Perlawanan debat pusingan akhir bermula

Ulasan ketua hakim

Ucapan perasmian penutup oleh Dr. Wan Nudri

Penyampaian hadiah dan cenderahati

Bersurai

SENARAI TAJUK-TAJUK PERTANDINGAN DEBAT ANJURAN PUSAT ISLAM DAN RAKAN MASJID SEMPENA BULAN CAKNA AL-QURAN 1430H

1. PUSINGAN 1

ANAK LARI DARI RUMAH : IBU BAPA YANG PERLU DIPERSALAHKAN.

2. PUSINGAN 2

SEMAKIN CANGGIH TEKNOLOGI,SEMAKIN MANUSIA TIDAK SIHAT.

3. PUSINGAN 3

KEBEBASAN PENULISAN BLOG BUKTI KEBEBASAN BERSUARA.

4. PUSINGAN 4

KELEMAHAN ASPEK PENCEGAHAN PUNCA PENINGKATAN KADAR JENAYAH.


PUSINGAN AKHIR

“PENGGUNA PENGAWAL UTAMA HARGA BARANGAN DI PASARAN”


Sebarang masalah & p'tanyaan sila hubungi MUHAMAD IQBAL BIN ROSALI( dental 2).


Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Datang Lagi....

No comments:

KELEBIHAN DAN CARA MENCAPAI KESEMPURNAAN PUASA Kelebihan Bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.

Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.

Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."

Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa

Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:

* Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.

* Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.

* Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
(Surah Al-Maidah:42)

* Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.

* Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Sumber : http://www.al-azim.com/masjid/ramadhan1430/home.htm

Tuesday, August 4, 2009

degilnya nafsu..sebuah kisah

No comments:
Bismillah.

Assalamualaikum.

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.




*************************wallahua'lam*********************************************

Ya ALLAH,degilnya nafsu ini...

"dan mereka berteriak di dalam neraka itu,'Ya Tuhan kami,keluarkanlah (kami neraka),niscaya kami akan mengerjakan kebajikan,yang berlainan dengan yang kami kerjakan dahulu.'(Dikatakan kepada mereka),'Bukankah kami telah memanjangkan umurmu untuk dapat berfikir bagi orang yg mahu berfikir,padahal telah datang kepadamu seorang pemberi peringatan?Maka rasakanlah,(azab kami),dan bagi orang-orang zalim,tidak ada seorang penolong pun."


renung-renungkan.muhasabah diri kita.insyaAllah.




Monday, August 3, 2009

PROGRAM TAUTAN UKHWAH BERSAMA PUSAT ISLAM & RAKAN MASJID USMKK

No comments:

PROGRAM TAUTAN UKHWAH  BERSAMA

 PUSAT ISLAM & RAKAN MASJID USMKK.


ISNIN, 3 OGOS 2009, 
Bermula 'Selepas Solat Maghrib' di Surau Pusat Islam.
SOLAT MAGHRIB BERJAMAAH DI SANA.

AGENDA:
:::Pengenalan & Penerangan mengenai PUSAT ISLAM USMKK kepada pelajar-pelajar baru:::
:::Sesi Anugerah Perlantikan Ahli Jawatankuasa Rakan Masjid USMKK 09/10:::
::::Program Mengeratkan Silaturrahim::::.

Penyertaan untuk menjadi ahli Rakan Masjid USMKK Dibuka.
Borang keahlian akan diedarkan.
Bawa bersama RM5 untuk yuran keahlian seumur hidup.

SEMUA WARGA KAMPUS DIJEMPUT HADIR,
Jamuan Istimewa disediakan : Durian etc.

"Kukuhkan Ukhwah dan Bersama Kita Membina Ummah" 
RAKAN MASJID UNTUK SEMUA

Anjuran:
PUSAT ISLAM USMKK