Sunday, August 30, 2009

Kehidupanku Seharian Bersama Ramadhan


Program Ihya' Ramadhan
KEHIDUPANKU SEHARIAN BERSAMA RAMADHAN

Tarikh : 30 - 31 Ogos 2009
Masa : 5 petang - 9 pagi
Tempat : Surau Murni

*Berbuka, moreh dan sahur disediakan
*Bacaan Al-Quran secara talaqi 
dari guru bersanad
*Program muhasabah iman
*Ceramah agama
*Relay Al-Quran
*Qiamullail


Daripada Ka'ab Bin Ujrah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w.  bersabda, "Hadirlah ke mimbar." Maka kami semua pun hadir.
 
Apabila beliau naik satu anak tangga mimbar, beliau berkata, "amin" dan apabila  naik anak tangga yang kedua, beliau berkata "amin" dan apabila beliau naik anak  tangga yang ketiga baginda berkata "amin."

Apabila beliau turun, kami telah bertanya, "Ya Rasulullah! Hari ini  sesungguhnya kami telah mendengar dari Tuan sesuatu yang belum pernah kami  dengar."

Beliau bersabda, "Sesungguhnya Jibril telah muncul kepadaku dan berkata :  Binasalah dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga diampunkan. Maka aku  berkata, amin."

"Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata : Binasalah dia yang  apabila engkau disebutkan didepannya, tidak pula dia menselawatimu. Maka aku  berkata, amin."

"Apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata : Binasalah dia yang  mendapati kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang darinya telah tua tetapi  mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga. Aku berkata "amin."  

(Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban di dalam sahihnya)

Marilah bersama-sama kita menghayati Ramadhan yang mulia ini........

No comments:

Post a Comment