Friday, March 20, 2009

Umar

“Biarlah dia,”
“Kenapa nak biarkan?”
“Umar, perempuan tu dah terlebih had. Kau nak diamkan lagi?”

Azrul memandang sahabat baiknya. Atas dunia ni, Umar pada Azrul terlalu baik. Jarang dia nampak Azrul merah kemarahan. Umar putih, bukan pucat. Umar punya wajah ingin dipandang bukan sekali. Meski suasana tegang, Umar tetap tenang. Tenang tak bermaksud Umar diam. Jika silap, Umar tetap membangkang. Tapi cara Umar dengan bertegas, dalam lembut.

Ah, Umar. Dia Umar. Dia bukan Azrul. Kerana dia Umar, jarang ada orang mampu berbicara lebih bila hitam sudah Umar tetapkan.

*****************************************************************************************************

“Makan?”
“Diet,”
“Diet?”
“Aah diet, kenapa?”
“Badan tak adalah ceramping mana, tapi tak adalah gedempol pun. Tak faham akulah,”
“Tak payah faham,”

Aliya memandang dalam wajah Hannah. Degil. Kepala batu. Susah di ajar. Entah apalah dalam kepala otak perempuan nan seorang ni. Pun begitu, dia masih kawan. Dan Hannah, dia masih boleh didampingi. Hannah, bernas dalam tutur kata. Hannah, jelas berbicara yang benar-benar sahaja. Hannah, senyumannya mudah terukir, namun serius lebih banyak dari senyumnya.

Hannah dan bongkak, sinonim. Dia punya pendirian sendiri dan itu jelas. Bukan semua sukakan Hannah, tapi belum semua bencikan dia.

Ah, Hannah dia unik seperti singa


*****************************************************************************************


“Umar, kau demam lagi ke?”

Ketukan pintu bertalu-talu tidak di buka Umar. Azrul sangat faham satu sifat unik sahabatnya yang seorang ini. Dia takkan buka pintu saat dia sakit, selalunya demam.

Pernah juga Azrul bertanya, Umar hanya diam dan tersenyum. Biar pucat, Umar tetap tidak mahu Azrul bantu.

“Umar, ke kelas tak?”

Senyap.

“Umar????”

Masih senyap.

“Az, kau pergilah. AKu tak sihat,”

Perlahan namun jelas. Bila Umar berkata begitu, itu satu isyarat dia tidak mahu diambil tahu. Ya, Umar pelik. Azrul akui itu. Namun atas sebab mengapa, Azrul masih tidak tahu. Umar bukan perahsia orangnya. Lebih-lebih lagi kalau membincangkan ilmu agama. Setiap maghrib, pasti satu ayat ilmu paling tidak akan terkeluar dari bibir lelaki muda berkumis nipis ini.

Wajah cerahnya makin indah dengan disulami tenang.

Beberapa muslimat dan gadis-gadis universiti selalu melirik Umar tidak kira apa sedang Umar lakukan.

“Az, pandangan pertama tak mengapa. Dua kali sudah nafsu,’

Azrul tertunduk. Segan. Sudah namanya lelaki, dan Azrul lelaki. Itu jelas.

“Umar, mahu ke klinik?”
“Az, pergilah. AKu mahu rehat,”

Azrul menjatuhkan tangannya yang melekat pada pintu sejak dari ketukan pertama. Satu tarikan nafas panjang.

Kalau dulu Azrul seperti orang biasa, Azrul sekarang lebih mirip Umar.

“Woi Az, nak jadi malaikat sekarang eh?”

Ah, dunia.

“Aku pergi dulu. Panadol ada dalam peti. Assalmualaikum,”

Salam berjawab perlahan. Ada batuk. Azrul rasa Umar sakit. Pernah juga dia mengutarakan beberapa persoalan. Namun Umar menjawab dalam tawa.

“Kau ingat aku ada barah ke? Macam semua cerita novel. Watak merahsiakan penyakit tanda dia mulia? Hish, Az, mengarutlah kau,”

“Habis,”

“Aku memang tak suka kalau sakit ada orang. Aku memang pelik pun. Tak selesa bila ada orang. Alah, demam pening selsema batuik je pun,”

“Kenapa?”

“Semua manusia ada sifat tersendiri kan? AKu itulah salah satunya. Jangan risaulah, kalau aku ada barah, kau orang pertama aku cerita. AKu bukan watak dalam novel melayu,”

Mengekek Umar ketawa. Tawa itu berbunyi ikhlas. Seikhlas dan sejernih hati Umar.

Azrul lega.

Bersambung

1 comment: