Tuesday, July 28, 2009

.:"JANGAN IKUT HAWA NAFSU, JANGAN PANJANG ANGAN-ANGAN":.

No comments:
Bismillahirrahmanirrahim
"JANGAN IKUT HAWA NAFSU, JANGAN PANJANG ANGAN-ANGAN!"
Rasulullah s.a.w bersabda,
"Dalam banyak-banyak perkara yang aku bimbangi berlaku kepada umatku ialah perbuatan menurut hawa nafsu dan panjang angan-angan."
(H.R at-Tarmidzi)


PERBUATAN MENURUT HAWA NAFSU??
Perbuatan menurut hawa nafsu boleh menyebabkan manusia berada dalam kesesatan. Mereka akan terdorong melakukan sesuatau perkara tanpa mengira halal ataupun tidak perbuatan tersebut. Mereka lebih banyak menghalalkan apa yang diharamkan oleh Islam dan mengharamkan apa yang dihalalkan. Bagi ketua keluarga misalnya, mereka mencari nafkah menggunakan pelbagai cara seperti merompak, tipu muslihat, merasuah dan sebagainya kerana menurut hawa nafsu mereka yang ingin hidup bermewah-mewah.


Selain mencari nafkah secara haram, akan timbul perasaan sayangkan harta yang mereka miliki sehingga tidak mahu memberi sedekah kepada golongan yang memerlukan.
Salah satu sifat orang yang menurut hawa nafsu adalah sifat malas berusaha mencari rezeki dengan cara yang halal. Kebanyakan mereka mendapati sangat sukar untuk mencari rezeki yang halal. Mereka berpendapat, pendapatan yang diperolehi dengan menggunakan cara yang halal lebih sedikit berbanding dengan cara yang mungkar. Sebab itu mereka sanggup menjalankan perkara mungkar untuk hidup mewah dengan cara CEPAT tanpa perlu bersusah payah dalam tempoh yang lama.


SIFAT PANJANG ANGAN-ANGAN??
Sifat panjang angan-angan pula merupakan satu perbuatan yang sia-sia. Ini menunjukkan seseorang banyak membuang masa dengan tidak melakukan sesuatu perkara yang berfaedah bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada umat Islam.


KENAPA ISLAM MELARANG SIKAP PANJANG ANGAN-ANGAN?
Sifat panjang angan-angan dikaitkan dengan sikap suka bertangguh. Apabila mereka ini berazam untuk melakukan sesuatau yang baik, selalunya mereka tidak akan bersegera melakukannya. Jika mereka melakukannya sekalipun, mereka akan melakukan dengan sambil lewa. Akibatnya pekerjaan yang dirancang tidak menjadi. Kalau menjadi sekalipun, selalunya akan mengambil masa yang sangat lama untuk mencapainya. Jika ini berterusan, mereka akan ketinggalan selama-lamanya. Alangkah ruginya golongan ini kerana terus membuang masa sedangkan orang lain sudah jauh ke hadapan.


Kebahagiaan pada hakikatnya adalah suatu anugerah yang perlu dicari oleh setiap individu. Allah Maha Adil kerana setiap hambaNya mempunyai peluang yang sama rata bagi memperoleh kebahagiaan asalkan hambaNya itu berusaha untuk mendapatkannya.


Salah satu kerugian besar bagi mereka yang panjang angan-angan adalah mereka lupa akhirat yang akan mereka tuju suatu masa kelak. Sebagai contoh, mereka bertangguh semasa melakukan ibadat seperti solat.Tetapi bagi golongan ini, mereka melakukannya di akhir waktu dan adakalanya mereka gagal melakukannya. Inilah kecelakaan bagi mereka yang suka bertangguh-tangguh.


Islam menuntut umatnya bersiap sedia dalam apa sahaja keadaan kerana musuh Islam ada di mana-mana sahaja. Jika kita sentiasa leka dengan urusan sendiri, kita akan dihancurkan dengan mudah. Apatahlagi jika dilihat pada senario hari ini. Umat Islam tidak bersatu hati. Mereka leka dengan haluan hidup masing-masing sehingga terlupa perintah Allah supaya bersatu hati dan tidak berpecah-belah. Umat Islam sepatutnya berada beberapa langkah di hadapan berbanding orang-orang kafir, bukan sebaliknya.


+Dipetik dari buku "Tundukkan Hati", hasil tulisan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat+


Semoga kita dapat sama-sama memuhasabah diri kita. Mungkin secara sedar ataupun tidak dalam kehidupan seharian kita, sama ada semasa belajar, beribadat atau pun semasa melakukan sebarang tugas, barangkali kita termasuk dalam golongan di atas. Sama-sama renungkan..

Wallahu'alam

Saturday, July 25, 2009

BENGKEL HUFFAZ - Sempena Bulan Cakna Al-Quran 09/10

No comments:

Assalamua'laikum,
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Program Bengkel Huffaz,
Sempena Bulan Cakna Al-Quran 09/10.

Tarikh : 1 Ogos 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Pusat Islam, Kampus Kesihatan, USM.
Untuk Penyertaan Hubungi : Saudara Ridhuwan 013-2459379
Bayaran: RM7 untuk Ahli Rakan Masjid, RM8 untuk bukan ahli.
(Terhad kepada 50 orang peserta sahaja)
Tentatif program
Masa
Perkara
8.30 pagi Pendaftaran peserta
9.00 pagi Slot 1-Pengenalan al-Quran
10.00 pagi Minum pagi
10.30 pagi Slot 2-Teknik menghafal al-Quran
11.45 pagi Slot 3-Soal jawab.
12.30 tghri Makan tengahari
1.00 ptg Bersurai

Penerangan SLOT.
Slot 1

Tempoh : 1 jam
Tajuk : Pengenalan Al-Quran
1. Sejarah al-Quran
2. Kelebihan menghafaz al-quran (contoh dari sudut seorang penuntut akademik)
3. Sejarah ilmuan islam yang menghafal al-Quran
4. Dan sebagainya (mengikut budi bicara penceramah)

Slot 2
Tempoh : 1jam 15 minit
Tajuk :Teknik menghafal al-Quran
1. Memperkenal teknik menghafal al-Quran
2. Surah-surah pilihan untuk dihafal sebagai permulaan
3. Dan sebagainya.

Slot 3
Tempoh : 45 minit
Soal dan Jawab.
-Memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan penjelasan kepada sebarang kesangsian.

Maklumat Penceramah.
1. Ustaz Che Khairuleffendi bin Che Kamaruzaman.
Ketua bidang Al-Quran,
Maahad Tahfiz Sains,
Kampung Bendang Baru, Bukit Panau.
17500 Tanah Merah, Kelantan
H/P : 019-9317832.


2. Ustaz Wan Abu Bakar Bin Wan Mahussin.
Pengerusi Jawatan Kuasa Kecemerlangan Al-Quran,
Maahad Tahfiz Sains,
Kampung Bendang Baru, Bukit Panau.
17500 Tanah Merah, Kelantan
H/P :01394668

"Jadikan Al-Quran dekat Di hati"

Sunday, July 19, 2009

MINTA PERHATIAN SEMUA!

No comments:
Assalamua'laikum,
Di sini ada sedikit pembetulan,
tarikh Forum-WANITA: PERMATA PEMANGKIN PEMBANGUNAN UMMAH,
adalah pada 23 JULAI 2009,
KHAMIS malam,
jam 9.00 p.m.
di DEWAN UTAMA
Seperti yang tercatat di poster-poster dan banner.
Bukan seperti yang dipostkan sebelum ini.
Harap maklum.

Saturday, July 18, 2009

Program Ceramah Israk & Mikraj

1 comment:

"PROGRAM CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ"

Penceramah:

Ust. Zainuddin Bin Che Ismail

( Universiti Al-Azhar BA Hons. Usuluddin Pejabat Pentafsir)

Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki


Tempat : 

MASJID PUSAT ISLAM

Masa : 

SELEPAS MAGHRIB

pada

21 JULAI 2009 (Selasa)

bersamaan

22 REJAB 1430 H

 

Anjuran

UNIT DAKWAH DAN PERHUBUNGAN ( UDP )


Semua Dijemput Hadir!!!

SYURGA CINTA...

1 comment:
SIAPA SOLEH DAPAT SOLEHAH

“JADI SOLEH, BUKAN CARI SOLEHAH”
Sukar betul untuk mencari calon isteri yang solehah. Begitu keluhan ramai lelaki masa kini. Agaknya sesukar mencari permata di dalam timbunan kaca. Memang sudah menjdi hukum dunia (sunnatullah), sesuatu yang berharga itu pasti susah untuk mendapatkannya. Sebab itulah agaknya, ramai ‘bachelor’ yang tidak kahwin-kahwin lagi. Mereka berpegang pada prinsip, biar usia lebih, jangan tersalah pilih.

Alasan ini tentulah bagi mereka yang punya fikrah islamiah (committed dengan Islam), tapi bagi yang tidak ….kahwin lambat ada kemungkinan disebabkan hendak ‘enjoy-enjoy’ dulu. “Tumpang masih bujang, tiada siapa melarang”. Demikian senikata sebuah lagu lama. Buat manusia spesies ini, elok juga tidak kahwin, kerana jika mereka berkahwin dengan sikap dan fikiran semacam itu,mereka hanya akan merosakkan isteri dan keluarga mereka nanti. Percayalah, momentum kejahatan yang dibuat semasa bujang selalunya akan berterusan sehingga berkahwin. Kata Imam Al-Ghazali “BUkan Mudah mencabut pohon kejahatan jika akarnya sudah mencengkam”.

Pemuda pemudi muslim yang ‘islamik’ juga kekadang terperangkap dalam dilemma. Mencari dan memilih jodoh yang sesuai, tidak semudah menekan butang handphone untuk memilih penyanyi pilihan dalam Akademi Fantasia atau Malaysian Idol. Hanya yang soleh mengenal solehah dan begitu juga sebaliknya. Jangan harap mengenal manikam jika kita bukan jauharinya!


Terlalu banyak kriteria solehah yang menjadi penanda aras. Secara ‘simple’nya, ciri-ciri solehah yang selalu diperkatakan orang ialah wanita itu mesti solat, taat ibu bapa, baik akhlaknya, menutup aurat, pandai mengaji, rajin berpuasa sunat dan lain-lain. Jika demikian, mencari yang solehah memanglah sukar sebab sudah tidak ramai lagi wanita yang memiliki sifat-sifat semacam itu. Itu baru di sudut lahiriah. Yang lebih sukar ialah ‘menilai’ batiniahnya kerana sifat solehah itu tentulah berada di dalam hati. Yang menutup aurat pun belum tentu solehah. ‘Kulit’ baik, belum tentu isinya baik.


“MUDAH SEBENARNYA”
Tetapi walau sesukar manapun, masih ramai yang mengidam Puteri Gunung Ledang. Jadi tentulah ramai yang hendak tahu apakah panduan atau tips mencari isteri yang solehah. Apakah sukar? Sesukar meminang Puteri Gunung Ledang? Caranya cukup mudah. Tidah payah susah hendak ukur, tilik, nilai dan kaji itu dan ini. Tidak payah ‘meneropong’ iman dan taqwa di dalam dada orang lain. Caranya ialah: Jadikan diri kita dahulu calon suami yang soleh!


Kenal pasti dahulu ciri-ciri suami yang soleh, kemudian cuba bina semua ciri itu di dalam diri sendiri terlebih dahulu. Muhasabah pula soal hati, soal dalaman….muhasabah iman dan taqwa kita sendiri. Bisikkan ke dalam hati, apakah aku telah soleh atau sedang berusaha menjadi soleh? Atau tidak berusaha pun menjadi soleh? Padankan sifat-sifat orang yang soleh dengan diri sendiri. Sudah ada atau belum? Jawab dengan jujur..hai…itu sukar kan? Memang sukar. Tetapi itu tentunya jauh lebih mudah daripada kita hendak mengukur iman di hati orang lain.


“KAEDAH TEPAT”
Inilah kaedah yang paling tepat untuk mendapatkan isteri yang solehah. Mungkin cara ini agak lambat, tetapi inilah cara yang paling tepat. Kaedah ini ada kelebihannya. Sebab kunci kejayaannya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita membina sifat-sifat soleh…maka lebih cerahlah peluang mendapat isteri yang solehah. Semuanya bermula dengan usaha terhadap diri kita sendiri.


Baiklah, itu soal tadbir, soal ikhtiar. Manakala soal takdirnya pula, kaedah ini lebih baik kerana Allah SWT sendiri menjamin kejayaannya. Walaupun mencari jodoh adalah usaha ikhtiar manusia, tetapi Allah juga yang menentukan bahawa lelaki yang soleh adalah untuk wanita yang solehah dan begitulah sebaliknya. Sebab itu, jadilah lelaki yang soleh, nanti Allah akan temukan kita dengan wanita yang solehah. Insyaallah, itulah yang kita harapkan. Tegasnya di sini, Usahakan sebaik Tadbir,kemudian tunggulah sebaik-baik Takdir. Allah berfirman:
“Perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik. Manakala lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan-perempaun yang baik” (An-Nur 24:26)


Namun, usaha menjadikan diri sendiri soleh (atau solehah bagi wanita) tidaklah menafikan ikhtiar mencari jodoh dengan cara yang makruf dan beradab. Anda boleh bertanya berwakilkan ibu bapa, merisik khabar menerusi kawan-kawan dan lain-lain saluran yang dibenarkan syariat. Cuma apa yang penting ialah usaha menjadikan diri kita soleh/solehah mestilah lebih diutamakan berbanding mencari calon soleh/solehah.


“SEDAR DIRI”
Kita harus malu kepada Allah (dan diri kita sendiri juga), jika kita inginkan jodoh yang baik sedangkan diri kita tidak baik. Kekadang lucu bila mendengar cerita betapa ada pemuda yang tunggang langgang hidupnya di bandar, kaki botol,berpeleseran, berjudi dan lain-lain perbuatan maksiat tetapi bila hendak berumah tangga minta ibu carikan wanita yang solehah di kampung. Maaf, ada di antara mereka yang berkata: mana boleh dijadikan isteri….jadi bini bolehlah. Mereka tidak sedar, yang mereka juga sebenarnya tidak layak diadikan suami, hanya boleh jadi laki!


Namun itulah fitrah tabi’e manusia, walau diri sejahat mana sekalipun tetapi tetap inginkan yang baik. Apa pandangan kita tentang ini? Apakah kaedah ini boleh berjaya? Jika anda seorang wanita, sanggupkah anda menerima lelaki yang semacam itu? Kita tidak persoalkan kewajaran kita mendidik selepas berkahwin nanti, tetapi jika diberi pilihan apakah pilihan anda? Tentulah anda menolak calon suami yang sedemikian. Pada kaum lelaki seperti itu,ingin di ingatkan, tergamakkah kita menipu orang lain dan menipu diri sendiri apabila kita inginkan yang baik sedangkan kita tahu akan keburukan diri sendiri?

“JANGAN DISUKARKAN”
SEPERKARA lagi, ingin di ingatkan bahawa mencari calon yang soleh atau solehah Jangan terlalu di persukarkan. Jangan terlau ideal kerana piawaian soleh atau solehah tidak ada titik tamatnya. Berpada-padalah dan bersederhanalah dengan piawaian soleh atau solehah kita. Jangan terlau ideal, sehinggakan tidak praktikal. Cukuplah dengan tahap yang sederhana sahaja.


Ini kerana pembinaan sifat-sifat soleh/solehah itu adalah sesuatu yang ‘on-going process’ sifatnya. Maksudnya dibina secara berdikit-dikit dan berterusan. Mungkin sebelum kahwin tahap solehahnya rendah tetapi dengan pimpinannya (kita) nanti, tahap solehahnya mungkin boleh dipertingkatkan lagi. Bila sudah menjadi isteri kita, pandai-pandailah mendidiknya.

Tetapi ini bukan bermaksud kita boleh mengambil lewa atau berlebih kurang mengenai soal-soal prinsip. Panduan dan ajaran ISLAM adalah mudah tetapi bukanlah alasan untuk dipermudah-mudahkan. Sifat-sifat lelaki yang soleh pada prinsipnya telah jelas. Oleh itu, jangan ambil mudah soal ‘kesolehan’ diri sendiri. Letakkan satu piawaian yang lebih tinggi buat diri sendiri berbanding bakal pasangan kita nanti. Insyaallah. ‘Menuju Mardhatillah’



p/s: Semua MUSLIMIN dan muslimat dijemput ke Forum-Wanita: Permata Pemangkin Pembangunan Ummah. Hari Khamis, 23 JULAI 2009, Dewan Utama, jam 9 malam.

Wednesday, July 15, 2009

Segalanya Tentang Wanita

No comments:

SEGALANYA TENTANG WANITA

22-23 JULAI 2009


1. PAMERAN TOKOH-TOKOH WANITA

Tarikh : 22-23 JULAI 2009
Tempat : DATARAN PPSP

2. FORUM 'WANITA PERMATA PEMBANGUNAN UMMAH'

Tarikh : 23 Julai 2009
Tempat : Dewan Utama

AHLI PANEL :
USTZH SITI NOR BAHYAH (PENDAKWAH BEBAS)
YB SENATOR HJH MUMTAZ (AHLI DWN NEGARA)
SAUDARA DZULKHAIRI MOHD NOOR (PRESIDEN GAMIS)

100 hadirin terawal akan menerima cenderahati!!!
Terbuka kepada lelaki dan perempuan tak mengira kaum Melayu, Cina atau India.


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kaum wanita diciptakan dari tulang rusuk dan tak dapat engkau luruskan walau dengan apa cara sekalipun. Jika engkau merasa senang kepadanya bersenang-senanglah, namun dia tetap saja bengkok. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya dia patah. Mematahkannya bererti menceraikannya.”
(Muslim)

Saturday, July 4, 2009

WELCOME BACK TO USM!

No comments:


KEPADA SEMUA MAHASISWA & MAHASISWI KAMPUS KESIHATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,

PIHAK RAKAN MASJID USMKK MENGUCAPKAN SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS TERCINTA. MOGA SEMUANYA PULANG DENGAN SERIBU SATU AZAM, SEMANGAT DAN WAWASAN UNTUK TERUS MEMBURU CITA-CITA.

BUAT ADIK-ADIK TAHUN SATU SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN.

TERUSKAN BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKKAL. INSYAALLAH KEJAYAAN MILIK KITA SEMUA.AMIN.

P/S: BERSAMA-SAMA MENGIMARAHKAN SURAU. AJAK SAHABAT-SAHABAT KITA SEMUA KE SURAU.BERSAMA MENGEJAR KEBERKATAN SOLAT BERJEMAAH DAN KEREDHAAN ALLAH S.W.T

“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan membukakan baginya Jalan keluar, Dan Allah memberikan rezeki baginya dari sumber yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan segala keperluannya. Sesungguh-nya Allah melaksanakan segala Urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu”
(At-Thalaq: Ayat 2-3)

Bahwa Rasulullah saw. pernah berdoa dengan membaca: "Ya Allah, kepada-Mulah aku berserah diri dan kepada-Mulah aku beriman, terhadap-Mu aku bertawakkal dan kepada-Mu aku kembali serta dengan (pertolongan) Engkau aku berusaha. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan kemuliaan-Mu, tidak ada Tuhan selain Engkau, agar Engkau tidak menyesatkan aku, Engkaulah Yang Maha Hidup dan tidak akan mati, sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati"
(Hadis Riwayat Ibnu Abbas RA)