Friday, October 29, 2010

DISIPLIN DIRI ORANG MUSLIM

3 comments:

Sudahkah kita mendisiplinkan diri
Sampai waktunya kita sembahyang
Bila sembahyang bolehkah mendisiplinkan diri tidak sembahyang seorang

Di dalam pergaulan sanggupkah kita mengutamakan orang
Orang yang tersilap dan tersalah dimaafkan
Orang yang bercakap kita sanggup mendengarnya
Kita tidak akan bercakap kalau tidak ada manfaatnya
Kalau orang menghina kita diam sahaja atau tidak menjawabnya
Inilah di antara disiplin di dalam pergaulan

Waktu lapang adakah kita berfikir
Atau membaca atau menulis pengalaman
Atau ilmu pengetahuan atau berzikir
Agar masa tidak sia-sia dan terbuang

Mampukah kita mendisiplinkan diri
Tidak mengata orang kecuali di sudut yang dibenarkan
Kalau kita hendak tidur mampukah kita tidak tidur
Selepas Subuh dan selepas Asar
Kedua-dua waktu ini adalah dilarang tidur sebagai kebiasaan
Tapi tidur di waktu siang iaitu waktu qailullah sebelum Zuhur digalakkan

Apabila makan tidak suka makan seorang
Bila mencari rezeki cari yang halalnya
Tolak yang haram sekalipun banyak untungnya

Bila berpakaian di hadapan ramai bersopan
Tertutup aurat badannya

Sifat-sifat mazmumah dijauhi
Terutama sombong dan dengki
Bakhil dan tamak ditakuti
Menzalim dan sewenang-wenang sangat dibenci

Itulah sebahagian disiplin orang mukmin
Banyak lagi

Setakat ini sudahkah kita mendisiplinkan diri?
Inilah dia disiplin yang sejati.

[Disiplin, disiplin, dan disiplin]

Monday, October 25, 2010

PROGRAM MINGGUAN ‘HALAQAH ILMIAH’ - Aku Dibius Cinta

5 comments:

PROGRAM MINGGUAN ‘HALAQAH ILMIAH’

Rakan Masjid USMKK bakal menganjurkan satu program mingguan, khas buat semua warga kampus USMKK. Ianya adalah kerjasama Exco Tarbiyah & Kepimpinan (ETK) dan Exco Dakwah dan Perhubungan (EDP) Rakan Masjid, bersama-sama Pusat Islam USMKK.

Nantikan program HALAQAH ILMIAH ini pada setiap minggu, dengan tajuk yang berbeza! InsyaAllah, jika mengizinkan… hari, masa dan tempat yang sama…

Bagi minggu ni, kami bawakan tajuk:

“AKU DIBIUS CINTA”

Jom! Pakat datang ramai-ramai. Bersama kita mengimarahkan masjid disamping menambah ilmu di dada.

Hebah dan sebarkan pada kawan-kawan.

Terima kasih~

Rasulullah S.A.W. bersabda: "Apabila kamu melalui taman-taman syurga, minumlah sehingga puas. Para sahabat bertanya:” Ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan taman-taman syurga itu? Nabi menjawab : "Majlis-majlis ilmu". (Hadith Riwayat At-Tabrani)

Sesungguhnya majlis-majlis ilmu yang membawa manusia kepada mengingati Allah adalah ibarat taman-taman syurga”