Apa itu ukhuwah?
Suatu ikatan persaudaraan yang terjalin kerana mengharapkan redha Allah s.w.t.
"sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara.."
"muslim itu umpama suatu bangunan..."
dan pelbagai lagi dalil yang memperkuatkan tentang kepentingan ukhuwah di kalangan insani.
Apa yang akan berlaku jika rasa ukhuwah itu semakin hilang?
masyarakat akan berpecah belah dan pelbagai masalah yang timbul.
Contohnya, di sebuah kampung yang ramai penduduk. Andai tidak wujud rasa ukhuwah di kalangan penduduk kampung tersebut, kampung tersebut akan berada dalam keadaan huru-hara..
Kecurian, kematian,...dan pelbagai masalah yang berkaitan jenayah akan timbul. Maka sia-sialah jumlah penduduk yang ramai itu akibat tidak ada rasa ukhuwah.
Namun, lewat hari ini, kalimah ukhuwah bagai sering meniti dari bibir ke bibir.
"Aku menyayangi ukhuwah ini kerana ALLAH," luah seorang muslimin kepada seorang muslimat.
wah3...itu sudah menjadi penyalahgunaan frasa ukhuwah.
Mungkin di sini saya akan lebih fokus kepada ukhuwah yang menjadi sebutan aktivis dakwah hari ini..
Dalam persatuan atau organisasi juga perlu ada ukhuwah. Muslim itu kan saling menampung kekurangan muslim yang lain. Saling lengkap melengkapi...
Namun, masalah yang sering timbul adalah kerana wujudnya sikap, 'akulah yang terhebat'...
membantu bukan niat untuk membantu. Tapi mahu menunjukkan kebolehan dan kepakaran masing-masing.
"ha, yang ni memang terletak di bawah kepakaran aku"
"aku pun boleh, bukan dia je"
maka, berlakulah persaingan yang kurang sihat dalam keadaan tidak sedar itu.
Dan yang serba kurang, terus merasa rendah diri...
dan hilanglah nikmat ukhuwah yang sebenarnya...
Salah siapa??
"enti ni, cubala berlapang dada..ni kan memang bidang ana. ana da biasa buat yang ni,"
"kuatnya dzhon enti,"
Ermm....macam-macam kan yang Allah uji dalam ukhuwah ni.Memang rasa sakit. lagi kalau tak dapat handle dengan baik.Ingat dan praktikkan rukun ukhuwah ini... (pesanan ini ditujukan umum untuk semua dan khusus untuk saya)
1. salamatussodri (berlapang dada)
2. musawah (kesamaan)
3. ithar (mendahulukan orang lain)
Saya selalu dengar tentang ukhuwah ni biasa dalam program je. RETORIK..!!
betul ka retorik? sapa yang habaq retorik tu, sebenarnya, dia mungkin belum pernah merasai kemanisan hidup berukhuwah.
Ukhuwah ni bukan modul semata-mata. Tapi praktikalnya.
Apa-apa pun, semuanya berbalik pada diri kita. JIka anda yang MEREALISASiKAN bahawa ukhuwah itu cuma modul dalam program dan RETORIK semata-mata, itu kata-kata anda.
Anda yang praktikkan dan andalah yang akan merasainya.....!!!
assalamualaikum,
ReplyDeletebagus entri kali ini yang lebih santai.. Bukan kerana ia sebuah dialog,tetapi ia suatu entri yang cuba disampaikan dengan hati.inshaAllah.
Berbalik pada perenggan di bawah entri ini, saya sendiri selalu terdengar ukhwah antara insan yang dalam suatu kumpulan itu adalah suatu retorik. Saya pun tak faham apa yang dimaksudkan oleh orang yang mengatakan demikian. Cuma, apa yang saya saksikan, bila terdapat program yang berupa atau bertemakan ukhwah, semua ahlinya seolah menjadi malaikat kelas pertama. Namun, bila program tamat dan berlalu buat beberapa ketika, mereka semua yang bergelar malaikat kian lusuh menjadi manusia biasa. Hmmm..
Jalan sebelah pun pandang bawah, buat-buat tak nampak pun ada. Buat-buat busy pun ada juga. Inikah ukhwah yang terbina?
Malah, ukhwah sering disalahguna demi mencapai matlamat diri atau individu. Nauzubillah. Percayalah, kalian akan hadapi situasi ini.
Tapi, bagi aku/saya,lakukan yang terbaik dalam ukhwah dan membaiki dari semasa ke semasa. Untuk menyukai semua orang payah, tetapi untuk memaafkan mereka adalah lebih ringan daripada menyukai.
Imam as-Syafi'e: "aku mencintai sahabatku dengan
segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring denganku & menjaga
nama baikku ketika aku hidup atau setelah aku mati. Kuhulurkan tangan
kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka & duka. Jika aku dapat, aku akan setia padanya"
Al imam hassanulbanna menyebut: "selemah-lemah ukhwah adalah salamatus sodri @ berlapang dada,dan setinggi-tinggi tahapnya adalah 'al-ithar' @ sanggup berkorban..
ReplyDeleteSemoga nilai ini dapat kita praktikkan..kerana jika masih ada dalam diri kita perasaan curiga dan ingin bersangka buruk kepada sahabat/saudara/kawan seagama kita..ia bererti ukhwah tersebut masih perlu diperbaiki.. masih lemah ikatanya..ingatlah! apa yang terpenting adalah ukhwah itu mesti disandarkan kepada islam.. al-ukhuwah islamiah yakni berlandaskan kalimah lailaha illallah,muhammadur rasullullah..
Salam...
ReplyDeleteYa, Pengalaman lebih mengajar saya dan mungkin orang lain, bersangka baik itu adalah tuntutan.
Bercakap soal ukhwah, saya rasa golongan munafiq dalm islam lagi hebat baraan semangatnya berbanding mereka yang jujur dalam ukhwah yang sentiasa senyap menyayangi saudaranya. Membantu tanpa diminta, menerima pertolongan dengan penuh penghargaan.
Wallahulaam