Friday, October 29, 2010

DISIPLIN DIRI ORANG MUSLIM

Sudahkah kita mendisiplinkan diri
Sampai waktunya kita sembahyang
Bila sembahyang bolehkah mendisiplinkan diri tidak sembahyang seorang

Di dalam pergaulan sanggupkah kita mengutamakan orang
Orang yang tersilap dan tersalah dimaafkan
Orang yang bercakap kita sanggup mendengarnya
Kita tidak akan bercakap kalau tidak ada manfaatnya
Kalau orang menghina kita diam sahaja atau tidak menjawabnya
Inilah di antara disiplin di dalam pergaulan

Waktu lapang adakah kita berfikir
Atau membaca atau menulis pengalaman
Atau ilmu pengetahuan atau berzikir
Agar masa tidak sia-sia dan terbuang

Mampukah kita mendisiplinkan diri
Tidak mengata orang kecuali di sudut yang dibenarkan
Kalau kita hendak tidur mampukah kita tidak tidur
Selepas Subuh dan selepas Asar
Kedua-dua waktu ini adalah dilarang tidur sebagai kebiasaan
Tapi tidur di waktu siang iaitu waktu qailullah sebelum Zuhur digalakkan

Apabila makan tidak suka makan seorang
Bila mencari rezeki cari yang halalnya
Tolak yang haram sekalipun banyak untungnya

Bila berpakaian di hadapan ramai bersopan
Tertutup aurat badannya

Sifat-sifat mazmumah dijauhi
Terutama sombong dan dengki
Bakhil dan tamak ditakuti
Menzalim dan sewenang-wenang sangat dibenci

Itulah sebahagian disiplin orang mukmin
Banyak lagi

Setakat ini sudahkah kita mendisiplinkan diri?
Inilah dia disiplin yang sejati.

[Disiplin, disiplin, dan disiplin]

3 comments:

  1. salam..


    Macam kenal je gambar kat atas tu.. hehe

    apapun, terima kasih atas peringatan.. :)

    ReplyDelete
  2. jika dah kenal lg bagus!
    mesti dah hafal 10 kesemuanya.
    apa yg penting, moga ianya dpt jd amalan kita

    ReplyDelete
  3. salam..

    Kenal je.. belum memahami lagi.. ternampak kat dalam laptop my bro seorang tu.. hihi...

    Ya, susah nak amalkan tu...nak istiqamah lagilah susah...

    Ada kala hati yg susah macamana sekalipun,bila berdepan dnegan orang lain, tak akanlah kita nak bermasam muka.. menghukum orang lain yg tak berdosa...hmmm ok tq again.. salam.

    ReplyDelete