Sunday, October 24, 2010

MUHASABAH EXAM

Satu hari, semasa keputusan imtihan awwal(peperiksaan pertama) bagi maddah(pelajaran) Fiqh Ibadat 2 keluar, ramai pelajar mendapat markah yang rendah. Oh, pembetulan. Ramai pelajar yang mendapat markah yang teramat-amat rendah. Maka pensyarah yang mengajar, Sheikh Dr Ibrahim Jawarneh melenting di dalam kelas. Satu ayat dia yang paling tidak boleh saya lupa adalah:

“Antum allaziina la yakhafuunallah!” ( “Kamu adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!” )

Ayat itu keluar, atas sebab markah peperiksaan kami yang rendah pada hari itu.

UNTUK BACAAN LEBIH LANJUT,SILA KLIK SINI:

http://ms.langitilahi.com/motivasi-exam-dan-exam/

------------------------------------------------------------------------------------------------

Fahami & hayatilah ayat ini:

“…kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” Surah Ali Imran ayat 159.

"Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu membuat sesuatu pekerjaan ia lakukan dengan tekun (sentiasa memperbaiki dan mempertingkatkannya)" HR Al-Baihaqi

All The Best In Your Exam & Everything~!

-“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya jika kamu orang-orang beriman” (Q.S. 3:139)

#Umat islam perlu menguasai ilmu untuk muncul sebagai umat terbaik.

#Contohilah generasi Islam dulu yg cemerlang & terbaik dalam segenap aspek, ibadah,kepimpinan,ilmu,teknologi,dll.
Imam Malik : "Tidak akan baik generasi akhir umat ini kecuali dengan apa yang membuat generasi awalnya menjadi baik."

1 comment: