Wednesday, January 13, 2010

jom muhasabah!

Bismillah,

Assalamualaikum,sahabat2 apa khabar semua?

tentunya jika anda penggerak MPI,sibuk dgn urusan MPI dan anda sebagai pelajar juga pasti sibuk dengan tugasan-tugasan akademik.Pastinya situasi sibuk itu sebati dalam jiwa kita.setuju?


Namun,dalam kesibukan tersebut,satu perkara yang kita tidak boleh lupa,ialah status kita sebagai "hamba Allah" dan misi kita dilahirkan ke bumi Allah ini.Tahukan?

Firman Allah:

”Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu..”

~Az-Zariyat:56~


Kita manusia dan tidak lari dari melakukan kesilapan.Kerana itulah,dalam agama kita yang tercinta ini,ada satu kaedah yg muhasabah untuk kita check balik diri kita.

Dari Syadad bin Aus r.a., dari Rasulullah saw., bahwa beliau berkata,
‘Orang yang pandai adalah yang menghisab (mengevaluasi) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah swt.

(HR. Imam Turmudzi, ia berkata, ‘Hadits ini adalah hadits hasan’)




jom muhasabah diri kita!


Adakah anda seorang yang mengingati Allah setiap masa dan ketika?

· Sekerap manakah anda berselawat ke atas Rasulullah S.A.W?

· Sejauh manakah anda mendidik diri anada agar patuh dengan suruhan dan larangan Allah?

· Adakah anda beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari?

· Adakah anda merasa kesal di atas dosa-dosa yang dilakukan?

· Pernahkah anda merasa riak dan takbur apabila melakukan kebaikan?

· Sudahkah anda bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan Allah?

· Sudahkah anda berpuas hati dengan apa yang dimiliki oleh umat Islam sekarang?

· Sejauh manakah usaha anda dalam merealisasikan mkonsep amar mak’ruf dan nahi mungkar dalam kehidupan anda seharian?

· Sudahkah anda berdoa untuk kesejahteraan ibu bapa,keluarga dan sahabat anda?

· Adakah anda membantu orang lain kerana Allah?

· Adakah anda telah menjaga mata,telinga,mulut dan anggota lain dari melakukan maksiat?

· Adakah anda mengabaikan kewajipan menepati masa terutama solat fardhu?

· Adakah anda berniat untuk solat tahajjud pada malam ini?

· Adakah anda ingin memperbaiki diri dengan lebih baik untuk hari esok?

· Adakah anda berwuduk sebelum tidur?

· Adakah anda menghadiri sebarang majlis ilmu atau tazkirah?

· Sudahkah anda membaca Al Quran pada hari ini?

· Sudahkah anda bertaubat?

· Sudahkah anda bersedia menghadapi mati?

wallahu'alam.


wassalam.


lagi tentang muhasabah








No comments:

Post a Comment