Sunday, January 24, 2010

Kisah Solat Subuh Berjemaah ( episod 2)

b) Solat Subuh Berjemaah vs Joging



Kebetulan masjid kariah saya letaknya berhampiran dengan taman tempat berjoging. Apabila keluar memandu untuk ke masjid ketika hampir tibanya waktu Subuh, ahli-ahli jemaah akan beriringan dengan orang bukan Islam yang menuju taman untuk berjoging. Ahli-ahli kariah menuju masjid, orang bukan Islam menuju ke taman. Satu kumpulan untuk mengerjakan solat Subuh, sekumpulan lain untuk berjoging.


Melalui pemerhatian umum selama bertahun-tahun, saya dapati bilangan orang bukan Islam yang menuju ke taman untuk berjoging sentiasa mengatasi bilangan orang Islam yang menuju ke masjid untuk solat berjemaah Subuh.


Sedih, realitinya bolehlah dikatakan orang bukan Islam yang ingin sihatkan badan lebih ramai berbanding orang Islam yang ingin sihatkan rohani. Mereka begitu serius inginkan kelebihan dunia. Sebaliknya, umat Islam tidak serius untuk mendapatkan kelebihan dunia mahupun akhirat.


Mengapa tergamak saya katakana demikian? Ini satu realiti walaupun pahit untuk diakui. Apabila selesai solat Subuh berjemaah dan mula pulang ke rumah, saya dapati masih ramai umat Islam yang belum bangun. Kebanyakan rumah orang Islam masih gelap dan malap, terutamanya jika hari cuti Sabtu dan Ahad. Apakah penghuninya masih tidur? Wallahuaklam, sukar untuk dipastikan. Tretapi sudah pasti ‘kehidupan’ mereka belum bermula (walaupun sekadar membersihkan rumah, pergi ke pasar dan melakukan lain-lain urusan) masih belum bermula.


CARILAH KESEMPATAN DALAM APA JUA PERKARA DEMI KEHARMONIAN DAN KESEJAHTERAAN HIDUP KITA, YANG ENTAH BILA BERAKHIRNYA.




No comments:

Post a Comment